Memaparkan catatan dengan label +. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label +. Papar semua catatan
Isnin, 2 Disember 2019
Jumaat, 11 Oktober 2019
Exfuze Limited Edition dalam botol kaca
Mengapa Minuman Kesihatan Exfuze Seven + dihasilkan dalam botol kaca?
Exfuze
Seven + dipakejkan di dalam botol kaca yang telah disterilkan untuk
memastikan produk yang dihantar kepada pengguna dalam bentuk yang paling
tulen, dalam masa yang sama mengelakkan kemungkinan produk terdedah dengan pencemaran.
Penyelidikan
telah menunjukkan bahawa pelbagai jenis botol plastik boleh
mengaktifkan ‘leeching’ iaitu bahan yang digunakan dalam pengeluaran
bekas makanan, apabila terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan
tahap pH yang berbeza-beza.
Demi
menjamin kualiti, dan memastikan pengguna dapat menikmati khasiat
semulajadi dari 7 superfood yang ada di dalam eXfuze Seven +, eXfuze
Seven Plus dibotolkan dalam botol kaca. Bukan itu sahaja, ada seal pada
setiap botol, dan kotak produk yang tahan lasak, insyaAllah botol takkan
pecah.
CALL / SMS / WHATSAPP AZIZ : 013 6901165
Jumaat, 27 April 2018
Exfuze : Penawar Fibroid / fabroid
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis
ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.
Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah
lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah
lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika
seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat
pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan
bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti
sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh
berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi
tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering
berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak
hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia
akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah
dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta
kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan
“darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia
keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa
seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim.
Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia
tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu
kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita
sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya
tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor
kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau
menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau
lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung
dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang
mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan
fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis
penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan
berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan
persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun
masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata
masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid.
Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung
daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang
menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak
mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima
orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan
beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta
gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami
ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon
wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis
hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat
naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas
telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh
haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika
terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan
seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan
yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan
ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa
kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana
segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang
pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah
dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada
gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal
pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu.
Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita
yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon
yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti
ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis
sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada
bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi
oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan
kuman.
Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan
sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala
atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh
itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa
menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor
untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan
masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala,
kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung.
Perlu saya tekankan
di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan
fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak
perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan
sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya
nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.
Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke
tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan
ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa
tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan
di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah
pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan
kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu
mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan
kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan
yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika
didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau
bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid
(senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis
sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita,
khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah
gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor,
khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah
ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang
lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak
mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar
untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak
boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan
masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang
boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah
ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran
sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi
yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.
Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu
besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita
yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana
fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami
proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan
kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak
sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di
hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi
air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi
air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering
mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh
menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal
perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan
ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur
empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa
peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps
atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan
mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak,
khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan
alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk
jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya
ialah pembedahan.
Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua
kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah
atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang
menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan
mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen.
Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang
menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada
kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun
yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh
mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan
usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan
fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar
biasa.
Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid,
khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid,
kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti
gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps)
ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum
seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara
yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau
tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps)
atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih
mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan,
pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid
sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma
ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut
dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi
beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang
saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan
fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang
di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan
yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan
ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang
menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk
melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak
yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan
ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah
pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan
besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama
seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk
pulih kepada keadaan sediakala.
Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih
dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari.
Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan
dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana
kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan
dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara
suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan
akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang
tidak teratur serta berpanjangan.
Wanita itu akan menghadapi hidup yang
lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh
menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk
bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan
hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan
akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku
lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan
sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama
dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan
melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di
bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan
menerusi saluran faraj.
Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj
dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai
punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal
hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan
seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran
berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan
pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di
sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.
____________
KAMI
DI EXFUZE SEVEN PLUS JUGA BERHASIL MENEMUKAN TESTIMONI DARI PENGGUNA
YANG BERJAYA SETELAH MENGGUNAKAN PRODUK SEVEN+ KELUARAN EXFUZE.
WHATSAPP AZIZ : 013 6901165
Ahad, 15 Oktober 2017
Exfuze : Testimoni Sciatica / tulang belakang
Pembetulan tulang belakang dan tulang pinggul untuk masalah sakit belakang

Alignment tulang belakang merupakan kaedah gerakan fisio yang merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang dan tulang pinggul antaranya sakit belakang. Terdapat pelbagai teknik gerakan alignment yang digunakan untuk membetulkan postur atau kedudukan tulang belakang serta tulang pinggul.
Masalah sakit belakang berpunca daripada bahagian tulang belakang dan tulang pinggul tertentu yang tidak berada di dalam kedudukan yang sepatutnya. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, sakit kepala, sakit tengkuk, bisa2 badan, lenguh badan dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit seperti migraine,sakit jantung, obesiti, kencing manis, darah tinggi, dan lain-lainnya mungkin juga berpunca daripada masalah gangguan tulang belakang dan tulang pinggul selain daripada faktor pemakanan yang tak seimbang. Gambar di atas menunjukkan kaitan organ2 dengan tulang belakang. Bilamana tulang belakang 'lari' kedudukannya menyebabkan tekanan dan gangguan ke atas saraf organ / anggota.Ini akan melemahkan organ2/anggota tersebut.
_________________
Testimoni
pesakit Sciatica atau masalah tulang belakang, lemah jantung, darah
tinggi dan bengkak kaki . pengalaman menggunakan Exfuze Seven Plus
benar-benar merawat penyakit yang sekian lama menghadkan pergerakan Ibu
Nur. Terima kasih Seven Classic.

WHATSAPP AZIZ : 013 6901165
Ahad, 1 Oktober 2017
Exfuze : Testimoni gerd angin medu
Salam semua..
Setelah
hampir 6 tahun bersama Exfuze, saya tak menoleh ke belakang lagi.
memang tepatlah perniagaan Jualan langsung yang saya sertai sekarang
ini. Pada mulanya hanya consume produk untuk kegunaan sendiri, Tapi lama
kelamaan produk ni 100 % ada integriti. Memang berkesan jika di ambil
konsisten setiap hari. Cubalah amalkan sebotol dan lihat kesannya.
seorang lagi ahli bawah downline saya encik Syam iaitu Pak Yeop dari
Jalan Klang Lama,Selangor berkongsi cerita bagaimana penyakit dalaman (
Semacam angin yang mencucuk ulu hati dan sendi ) yang lama beransur
sembuh. Setelah try 2 botol beliau sungguh gembira dengan keputusannya
mencuba produk Exfuze Seven plus Klasik ini. Setelah pelbagai supliment
dicuba namun hampa akhirnya beliau dipertemukan dengan Produk mujarab
ini. Syukur alhamdulillah.
Pak
Yeop juga berkongsi rasa sebelum menggunakan produk ini, perkara
pertama setelah sampai ke tempat kerjayanya adalah mencari tilam untuk
berbaring. Namun tidak lagi sekarang. Beliau juga sudah mula
mempromosikan pada ahli keluarga dan rakan taulan. Sesiapa ada masalah
seperti Pak Yeop kenapa tak mencuba sebotol dahulu.
![]() |
WHATSAPP : 013 6901165
Label:
anginmedu,
GERD,
sakitperut,
ubatangin,
ubatsakitperut
Isnin, 25 September 2017
EXFUZE : PENGESAHAN HALAL JAKIM
Lesen & Pensijilan :
AJL : Dipilih oleh eXfuze bg memberi peluang kepada semua yg ingin meningkatkan tahap kewangan & kesihatan mereka yg tersayang di samping beramal membuat kebajikan kepada VivaKids (setiap penjualan 1% akan diberikan!)
ISA yg diiktiraf oleh JAKIM : Pengguna Islam boleh mengambil Seven+ tanpa was-was!
BSCG : Atlit profesional menggunakan Seven+ kerana bebas bahan terlarang!
Banyak testimoni ditemui.. kenapa masih tunggu. Dapatkan sekarang...
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Ahad, 10 September 2017
INFO EXFUZE : ULSER MULUT TANDA AWAL KANSER MULUT?
Pastinya setiap dari kita pernah
mengalami ulser mulut yang membuatkan kita sakit untuk makan ataupun bercakap.Namun
terdapat ulser mulut yang tidak sakit. Ulser ini merupakan tanda awal kanser
mulut.
Statistik menunjukkan peaskit
kanser mulut di Malaysia kebanyakkannya lewat mendapatkan rawatan. Kebanyakkan
kanser mulut yang dikesan sudah berada di tahap 3 & 4.Dan kekerapan kes
berdasarkan jantina adalah seimbang.
Kanser Mulut
Kanser mulut boleh terjadi di
mana-mana bahagian mulut seperti bibir, lidah, mukosa pipi dalam, gusi, malah
lelangit.
Kanser mulut adalah ketumbuhan tisu yang tidak normal di
dalam mulut. Saiznya akan menjadi lebih besar apabila sel-sel tidak normal
menggandakan dirinya sendiri di luar kawalan.
Ia seterusnya akan merebak ke
kawasan sekelilingnya dan kemudian ke anggota badan yang lain.
Jenis Kanser Mulut
Terdapat beberapa jenis kanser
mulut iaitu:
Kanser sel skuamosa (kanser yang paling
kerap terjadi)
Kanser verrucous
Kanser kelenjar air liur minor
Lymphoma
Cara Mengesan Kanser Mulut
Tahap kanser mulut ditetapkan
mengikut TNM Staging ( carta bagi mengetahui tahap kanser pesakit).
Kanser bersaiz kurang dari 2cm
dan belum merebak ke mana-mana kelenjar limfa atau anggota badan yang lain
dikenalpasti sebagai kanser tahap pertama.
Kanser tahap ke-4 apabila saiz
kanser melebihi 4cm dan sudah merebak ke kawasan sekeliling atau anggota badan
yang lain.
Tahap kanser sangat penting bagi
memastikan pesakit mendapat rawatan yang sesuai.
Antara cara kanser dikesan yang
biasa dilakukan bagi kanser mulut adalah:
Biopsi
Biopsi adalah perkara pertama
yang akan dilakukan sekiranya pesakit disyaki menghidapi kanser mulut.
Spesimen biopsi tisu tersebut akan
diperiksa oleh pakar histopatologi bagi tujuan pengesanan kehadiran sel-sel
kanser.
Pemeriksaan fizikal
Pemeriksaan darah
Imbasan CT
MRI ( Magnetic Resonance Imaging)
Ultrasound
Radigraf biasa
Imbasan PET
Imbasan Tulang
Tanda-Tanda Kanser Mulut
Antara tanda-tanda kanser
mulut ialah:
Ulser mulut yang lambat sembuh
Tompokan putih (leukoplakia)
Tompokan merah (erythroplakia)
Sakit yang berlarutan pada mana-mana
bahagian mulut
Bengkak pada gusi
Gigi menjadi longgar
Rasa kebas pada bahagian lidah atau
bahagian lain
Rasa benjolan atau selaput tebal pada
permukaan selaput mulut
Mengalami masalah mengunyah dan menelan
Mulut berbau
Penurunan berat badan
Bengkak pada bahagian leher
Punca Kanser Mulut
Berikut adalah faktor-faktor yang
berisiko tinggi bagi kanser mulut:
Merokok
Pengambilan alkohol berlebihan
Mengunyah tembakau
Mengunyah pinang
Peningkatan umur (40 tahun ke atas)
Pendedahan kepada cahaya ultraviolet bagi
kanser bibir
Jangkitan virus papilloma
Faktor keturunan dan diet yang kurang serat
makanan
Kesan Kanser Mulut
Kanser mulut yang tidak dirawat
boleh menyumbang kepada keadaan berikut:
Sakit yang amat sangat
Kesukaran untuk mengunyah dan menelan
Kesukaran membuka mulut dengan luas
Kecacatan bahagian mulut dan muka
Penurunan berat badan
Hilang selera makan
Tekanan perasaan
Kematian
Rawatan Kanser Mulut
Bagi kanser mulut tahap 1 &
2, rawatan yang dilakukan adalah:
Pembedahan
Rawatan radioterapi
Atau kedua-dua di atas
Bagi kanser mulut tahap 3 &
4, berikut adalah pilihan rawatan yang disediakan:
Pembedahan dan rawatan radioterapi
Rawatan radioterapi dan kemoterapi
diberikan kepada pesakit kanser mulut tahap 4 sebelum melakukan pembedahan
Cara Pencegahan
Mengelakkan kegiatan yang menjadi
punca kepada kanser mulut seperti yang disebut di atas adalah cara pencegahan
terbaik. Dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pengambilan makanan
tambahan yang mampu mencegah atau menentang sel kanser.
Dapatkan pemeriksaan doktor
sekiranya terjadi ulser atau tompokan putih atau merah pada selaput mulut.
Ataupun lakukan pemeriksaan
berkala dengan doktor gigi.
Secara ringkasnya, jangan ambil
mudah dengan kesihatan kita. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang
disenaraikan di atas dan keadaannya berlarutan, segeralah mendapatkan
pemeriksaan bagi mengetahui keadaan sebenar dan juga dapat mengesan lebih awal
sekiranya ia adalah kanser mulut.
Lakukan untuk diri anda dan juga
keluarga tersayang.
……………………………….
Kami di Exfuze Seven Plus Klasik
mempunyai cara rawatan terbaik merawat dan mencegah dari penyakit kanser mulut.
Sangat Efektif dan berkesan. Himpunan testimoni
kami dari para PESAKIT KANSER termasuk stage 3 /4 yang semakin sembuh mengembalikan harapan yang
ceria.
DETAIL SMS / WHATSAPP
AZIZ : 0136901165
Label:
exfuze,
exfuze-malaysia,
kanser lidah,
kanser mulut,
pencegahan kanser,
petanda kanser mulut,
seven plus,
ubat kanser mulut
Rabu, 30 Ogos 2017
EXFUZE : TESTIMONI PESAKIT ARTHRITIS
AZIZSHOPPE.BLOGSPOT.COM MEMBAWA SATU LAGI TESTIMONI PENGGUNA YANG SEBELUM INI MENGHIDAP SAKIT SENDI ATHRITIS.
WHATSAPP / SMS AZIZ : 013 6901165
Khamis, 10 Ogos 2017
Testimoni Exfuze : Diabetes
Salam hormat..
Ingin membeli Exfuze seven Plus ? terbukti berkesan.
Ingin membeli Exfuze seven Plus ? terbukti berkesan.
CALL / SMS / WHATSAPP AZIZ :
013 6901165
Ahad, 30 Julai 2017
Exfuze Seven Plus makanan tambahan sesuai untuk pesakit kronik
Siapa Minum Baru Tahu! Rahsia kehebatan eXfuze Seven Plus mengatasi masalah kesihatan anda…
Minuman 7-Ekstrak pertama di dunia yang sungguh menjimatkan”
Gabungan tujuh ekstrak tumbuhan dan buah-buahan terbaik dunia dengan 3 bahan tambahan iaitu Goji, Noni, Acai, Mangosteen, GAC, Brown seaweed, Seabuckthorn, Aloe Vera, Buah delima dan Blue berry
Mahukan anda minum minuman semulajadi yang kaya dengan zat tumbuhan yang paling berkhasiat setiap hari?
eXfuze Seven plus dihasilkan
daripada keinginan untuk menghasilkan sinergi ‘superfood’ tambahan unik
yang memberi kesan yang jelas dalam kehidupan manusia di serata dunia.
Dengan berpegang kepada prinsip “Jadi Proaktif, Bukan Reaktif” untuk kesihatan anda, Seven+ dicipta untuk membantu anda mencapai tahap kehidupan yang terbaik. Minum eXfuze 7+ setiap hari dapat mengekalkan kesihatan optimum anda.
HUBUNGI / SMS AZIZ 013 6901165
Khamis, 20 Julai 2017
Sukar dapatkan produk Exfuze ? Hubungi saya. agen aktif sejak 2011
Sukar mendapatkan Exfuze di kawasan anda ?
Mengapa
tak cuba cara mudah dengan hanya menghubungi Azizshoppe. Penghantaran
kami dijamin sampai dengan selamat. Tempoh penghantaran sekitar 2-5 hari
bekerja sahaja.
WHATSAPP / SMS AZIZ : 013 6901165
WHATSAPP / SMS AZIZ : 013 6901165
Isnin, 10 Julai 2017
Exfuze : Rawatan Talasemia
Apa
itu Talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit
yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan
berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal
penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang
membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan
kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada
tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Penyakit Talasemia adalah penyakit
keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.
Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat
penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan
air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh
disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Epidemiologi
Penghijrahan masyarakat dan juga
perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang
kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.
Seorang daripada setiap 20 orang
rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih
kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai
2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah
tetapi jarang terdapat dikalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.
Bagaimana
talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap manusia mempunyai 2 jenis
gen, dan ianya diwarisi daripada ibu dan sebahagiannya daripada bapa. Antara
gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat
dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
- Kedua-dua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
- Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
- Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.

Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai
peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak
yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang
mendapat 'Thalasemia trait', dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang
normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada penyakit tersebut.
Jenis-jenis
Talasemia
- Talasemia Major - Pesakit Talasemia.
- Talasemia Minor - pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.
Apakah
tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?
Sel darah merah dalam penghidap
Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding
dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin
menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Tanda-tanda
awal pada kanak-kanak:
- Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.
- Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.
- Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
- Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice).
- Kurang selera makan.
- Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.
- Perubahan pada pembentukan tulang muka.
Bagaimana
untuk mengesahkan Talasemia?
- Sejarah dan pemeriksaan fizikal.
- Penyelidikan makmal:
- Indeks Hematologi. Parameter Hematologi ini diukur menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah. Ianya untuk menilai ukuran dan isi padu sel darah merah dan jumlah hemoglobin yang terdapat di dalamnya. Talasemia disahkan apabila ukuran dan isi padu sel darah merah dan kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjukkan berkurangan dengan jelas.
- Filem Darah dan morfologi sel darah merah. Apabila dilihat dibawah mikroskop, sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil daripada ukuran normal dan yang paling penting kebanyakan mempunyai bentuk yang ganjil: anisocytosis, poikilocytosis.
·
Darah pesakit Talasemia
Darah Normal
Hemoglobin electrophoresis. Proses
ini adalah untuk memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul
Hemoglobin- contohnya HbA,HbA2, dan HbF. Bagi pengesahan penyakit Talasemia
ditentukan dimana tahap Hemoglobin janin (HbF) adalah tinggi daripada paras
normal dan perbezaannya adalah antara 20-90%. HbA2 biasanya dikira sehingga 3%
daripada paras normal hemoglobin dewasa, boleh jadi tidak wujud, berkurangan,
normal atau sedikit meningkat.
·
Kaedah Molekular. Kaedah ini adalah
cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapat maklumat yang khusus berkaitan
dengan pengesahan penyakit, melalui kajian DNA.
Bagaimana
Talasemia dirawat?
Pesakit Talasemia Major memerlukan
pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat
mengelakkan daripada kekurangan darah akan menghindarkan daripada kelihatan
pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal.
Ini akan menggalakkan sum-sum tulang
rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta
muka kelihatan normal.
- Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut berfungsi.
- Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi 'Chelation' yang boleh diberi melalui suntikan atau pengambilan secara oral.
- Splenectomy (pembuangan limpa) - mungkin perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.
- Pemindahan sum-sum tulang mungkin diperlukan jika terdapat penderma yang sesuai dikalangan ahli keluarga.
- Penggunaan Terapi Genetik masih dalam peringkat kajian.
Iron
chelators
Kekerapan pemindahan darah boleh
menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang
serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati.
Pengambilan ubat-ubatan juga boleh
digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi daripada darah. Ia dipanggil
'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya
melalui buah pinggang.
Ubat-ubatan ini biasanya diberi
melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa
jam.
Pemberian zat besi 'chelators'
daripada jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau
tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan
kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti.
Injection-desferal
Oral-L1and ICL 670
Apakah
kesan jika Talasemia tidak dirawat?
Jika tidak dirawat, pesakit
Talasemia akan mengalami gejala seperti yang dinyatakan diatas dan boleh
membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk.
Walaupun pemindahan darah dilakukan
berulang-kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga
boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi
di dalam badan pesakit Talasemia.
Dalam jangka masa panjang, pesakit yang
mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan
terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon).
Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal
jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan
seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation
secara berkala.
Kualiti
hidup pesakit Talasemia
Peningkatan pemulihan dalam
pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah
meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan
rawatan seperti yang disarankan.
Bolehkah
Talasemia dielakkan?
Talasemia boleh dielakkan dengan
pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia.
Adakah
kumpulan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak Talasemia?
Anda boleh menghubungi hospital atau
klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia.
………….
Kami di Exfuze malaysia membawakan satu video pesakit talasemia yang semakin menunjukkan kesan positif.
Exfuze
Seven plus wujud bagi menambah nilai nutrient makanan berkhasiat untuk anda.
Pelbagai testimoni positif telah Berjaya diperolehi.
CALL / SMS AZIZ : 010
7890101
Label:
apa itu talasemia,
exfuze,
malformed red blood cell,
penawar talasemia,
seven plus,
testimoni talasemia,
ubat talasemia,
ubat thalasemia
Langgan:
Catatan (Atom)
TERBUKTI
Orac Value Exfuze
Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition
Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition
ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) | ||
|---|---|---|
| . EXFUZE ORAC | =50,000 equivalents | per liter |
| Young Berry Juice ORAC | =32,750 equivalents | per liter |
| Mona Vie Juice ORAC | =18,500 equivalents | per liter |
| Xango Juice ORAC | =13,750 equivalents | per liter |
| EB Tahitian Noni Juice ORAC | =12,500 equivalents | per liter |
| Himalayan Goji Juice ORAC | =10,000 equivalents | |
| Silver Sea ORAC | =2,000 equivalents | per liter |
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition. The name eXfuze originated from the process of creating Seven+. The "eX" represents the extracts that are taken from each botanical, ensuring that only the most nutrition-rich parts are used.
"Fuze" designates the "fuzing" of all of the ingredients into a formula that is nutrition dense and second to none.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.
Kekuatan Seven +
eXfuze Seven – Ingredients
GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.
- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.
- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.
- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.
- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.
Goji
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.
- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.
- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)
Mangosteen
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.
Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.
- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.
Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.
- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi
Seabuckthorn
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.
- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.
- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman
Mangandungi Vitamin A, B1, B2, & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonurtrien dan Asid Amino yang hampir sempurna !.
- Membantu & Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti.
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah.
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.
Brown Seaweed
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan
WATER of Life
(Functionnal Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua " Superfood " yang terhebat ini. exfuze stelah menggunakan Air ' Functional ' yang tulen didalam SEVEN+ Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yan g sehat. Dengan nilai PH yang lebih tingg. ia amat mudah diserap ke dalam badan.



















