>

Selasa, 10 Mac 2015

Exfuze : Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan




Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :
  • Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  • Kurangnya aktiviti fizikal.
  • Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  • Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.
Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?
  1. Berikan sokongan 
    • Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
    • Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.

  1. Perhatian keluarga
    • Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.

  1. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
    • Aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
    • Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
    • Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
    • Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat
    • Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
    • Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
    • Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
  1. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
    • Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan
    • Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
    • Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
    • Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.



Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.
  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
  1. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  1. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisa
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  1. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
  1. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
  1. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh

  •  Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.

  1. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  1. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  1. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan. 
  1. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
    • Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
  1. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
    • Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
    • Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
  1. Tunjukkan teladan yang baik
    • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
    • Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.
----------------------

Exfuze juga telah terbukti mengawal berat badan dengan ekeftif dan berkesan. Cubalah sebotol hari ini.



CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
disahkan halal

TERBUKTI

Picture
Orac Value Exfuze

Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.

The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition

Picture

ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
. EXFUZE ORAC
=50,000 equivalents per liter
Young Berry Juice ORAC =32,750 equivalents per liter
Mona Vie Juice ORAC =18,500 equivalents per liter
Xango Juice ORAC =13,750 equivalents per liter
EB Tahitian Noni Juice ORAC =12,500 equivalents per liter
Himalayan Goji Juice ORAC =10,000 equivalents
Silver Sea ORAC =2,000 equivalents per liter

Report From
Orac Value Exfuze
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition. The name eXfuze originated from the process of creating Seven+. The "eX" represents the extracts that are taken from each botanical, ensuring that only the most nutrition-rich parts are used.
"Fuze" designates the "fuzing" of all of the ingredients into a formula that is nutrition dense and second to none.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.

Kekuatan Seven +





eXfuze Seven – Ingredients

Picture
GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.

- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol



Picture
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.

- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.

Picture
Goji
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.

- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)


Picture
Mangosteen
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.

Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.

- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi


Picture
Seabuckthorn
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.

- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman

Picture Acai
Mangandungi Vitamin A, B1, B2, & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonurtrien dan Asid Amino yang hampir sempurna !.

- Membantu & Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti.
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah.
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.

Picture
Brown Seaweed
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan

Picture
WATER of Life
(Functionnal Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua " Superfood " yang terhebat ini. exfuze stelah menggunakan Air ' Functional ' yang tulen didalam SEVEN+ Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yan g sehat. Dengan nilai PH yang lebih tingg. ia amat mudah diserap ke dalam badan.