KANSER
MULUT BOLEH SEBABKAN KEHILANGAN LIDAH
Jangan ambil mudah soal penjagaan mulut,
ia boleh menyebabkan kanser yang serius sehingga lidah anda boleh dipotong jika
dijangkiti kanser,” kata Pakar Bedah Mulut, Hospital Nur Zahirah (HNZ) Kuala
Terengganu, Dr Rosliza Parumo.
Dr Rosliza berkata, penjagaan mulut amat penting
bagi memastikan wujudnya keseimbangan tahap kesiha-tan seseorang individu.
Katanya, jangkitan kuman akibat penjagaan mulut kurang sempurna boleh
menyebabkan berlakunya penyakit kanser lidah dan mulut yang memerlukan rawatan
terperinci termasuk pembedahan.
Pakar Bedah Mulut : Doktor Rosliza Parumo
Menurut beliau, tanda awal kanser, pesakit diserang
ulser berpanjangan di dalam mulut yang biasanya berpunca daripada tabiat
merokok, makan sirih dan mengambil minuman keras.“Mereka yang berisiko menghidap kanser mulut antara
umur 30-an hingga 60-an.
“Kebanyakan masyarakat kurang memberi
perhatian terhadap penjagaan mulut kerana beranggapan penyakit lain seperti
kanser payudara dan jantung lebih serius.
“Akhirnya mereka mudah terdedah kepada penyakit
kanser mulut yang turut memberi kesan kepada kehidupan,” katanya ketika
menyampaikan ceramah kesiha-tan sempena sambutan Hari Pergigian Sedunia anjuran
Unit Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri di dewan Majlis Perbandaran Dungun.
Sementara itu, Pakar Periodontik HSNZ, Dr Hanizah
Abdul Aziz pula menasihatkan orang ramai memberi perhatian terhadap penjagaan
gigi dengan melakukan aktiviti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali
sehari.
“Kita nampak aspek penjagaan gigi kurang penting
berbanding kesihatan lain, tetapi kalau gigi akit, ia boleh menjejaskan emosi
dan menganggu tumpuan kerja,” katanya.
Pesakit kanser, Mazita Mat Zain, 47, berkata,
akibat penyakit yang mula dihidapi pada Ogos 2006 itu, lidahnya terpaksa
dipotong sehingga menjejaskan pertuturannya.
“Saya ingat ia tidak serius, tetapi bila separuh
lidah saya terpaksa dipotong kerana kanser lidah, barulah saya tahu kesannya,”
katanya.
Jom kenali apa itu kanser mulut .
Kanser mulut merupakan
pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.Pengesanan dan rawatan kanser
mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk
dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Kanser mulut sering terjadi di
kawasan:
Lidah
Lantai mulut
Bahagian dalam pipi
Gusi
Lelangit
Bibir bawah
Golongan
mana yang berisiko mendapat kanser mulut?
Mereka yang mengamalkan tabiat
seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:
• merokok
• mengunyah tembakau
• mengunyah buah pinang (makan
sireh) dengan atau tanpa tembakau
• minum alkohol yang berlebihan
• terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan.
Apakah
tanda-tanda kanser mulut?
Perhatikan tanda-tanda berikut:
• ulser dalam mulut yang lambat
atau tidak sembuh
• tompokan putih (leukoplakia)
atau merah (erythroplakia)
• bengkak atau ketumbuhan dalam
mulut
• nafas berbau (halitosis)
Anda juga
mungkin mengalami:
• rasa sakit dalam mulut
• kesukaran mengunyah atau
menelan atau menggerakkan lidah
• kebas pada lidah atau dalam
mulut
• Kesukaran untuk membuka mulut
Langkah
Pencegahan
-Amalkan memakan lebih banyak
sayur-sayuran hijau dan segar
-Tingkatkan pengambilan beta-keratin (vitamin A)
-Tingkatkan pengambilan beta-keratin (vitamin A)
Komplikasi
-Kanser ini boleh merebak dengan pelbagai cara dan menggangu tabiat pemakanan seseorang dan akhirnya mengakibatkan badan seseorang kekurangan air dan kelaparan
-Baki cebisan makanan boleh mendedahkan pada radang paru-paru
-Memusnahkan sistem saraf pada bahagian dasar tengkorak
-Boleh merosakkan saluran pembuluh darah yang besar yang boleh membawa kepada pendarahan yang sukar dikawal
-Ia boleh membawa maut jika tidak dikawal
Cegah
sebelum parah ! Memperkenalkan supplement terkini dengan teknologi Ekstrak.
Exfuze Seven Plus Klasik. Mengandungi 7superfood yang terkenal sebagai
pelindung kanser yang hebat. Banyak testimoni para pesakit kanser semakin pulih selepas mengamalkan Seven Plus dengan konsisten.
eXfuze Seven+™ adalah Diet Tambahan
Multi-Botani yang pertama mengandungi segala khasiat rebutan seluruh dunia. Ia
dirumuskan ke dalam bentuk kekayaan ekstrak yang digabungkan dalam satu sistem
penghantaran yang menakjubkan. Tidak seperti pati jus, produk keluaran eXfuze
Seven+™ kaya dengan anti-oksidan dan disebatikan dengan ekstrak asli botani super
serta buah-buahan segar dari seluruh pelosok dunia.
WHATSAPP / SMS AZIZ :
013 6901165