PENYAKIT
TIROID
Kelenjar tiroid menghasilkan hormon beriodin yang mengawal
kadar metabolisme badan. Iodin diperlukan dalam diet untuk fungsi normal
kelenjar tiroid. Kekurangan iodin dalam badan boleh menyebabkan penyakit goiter
iaitu pembesaran kelenjar tiroid.
Hipotiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid
yang kurang aktif dari normal. Ini menyebabkan penurunan kadar metabolisme badan.
Simptom yang terlibat termasuklah goiter, keletihan, pertambahan berat badan,
mudah berasa sejuk, sembelit serta kulit dan rambut yang kering. Hipotiroidisme
lebih kerap berlaku dalam golongan tua. Hipotiroidisme boleh menyebabkan
peningkatan paras kolesterol darah dan penurunan keupayaan penukaran beta
karoten kapada vitamin A. Ini menyebabkan pengumpulan karoten dalam darah dan
tisu yang memberikan warna jingga kekuningan kepada kulit.
Tip
Rawatan:
Memperbanyakkan
-
makanan kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.
Mengurangkan
-
kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.
Turnip
Kobis
Hipertiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid
yang terlampau aktif di mana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara
berlebihan. Hipertiroidisme lebih kerap berlaku dalam wanita berbanding lelaki.
Simptom yang terlibat termasuklah peningkatan kadar denyutan jantung, kehilangan
berat badan, keletihan, peningkatan selera makan, irritabiliti, berpeluh, mudah
berasa panas, mata tersempul dan goiter. Hipertiroidisme meningkatkan kadar
metabolisme. Ini menyebabkan penggunaan kalori dan nutrien yang lebih cepat dari
normal. Punca hipertiroidisme biasanya dikaitkan dengan kehadiran antibodi yang
merangsang sel tiroid.
Tip
Rawatan:
Memperbanyakkan
-
makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.
-
makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.
Mengurangkan
-
rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.--------------------------KINI EXFUZE MENAMPILKAN TESTIMONI DARI PENGGUNA YANG PULIH DENGAN RAWATAN EXFUZE..ALHAMDULILLAH.HUBUNGI / SMS AZIZ 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan