BMI & PERATUS LEMAK DALAM BADAN
Body Mass Index (BMI)
Kiraan Body Mass Index atau BMI boleh dijadikan rujukan
untuk sekumpulan orang, lelaki dan perempuan. BMI tidak boleh digunakan
untuk individu yang lebih otot, yang terlibat dalam latihan bebanan,
perempuan mengandung, kanak-kanak dan orang tua kerana kualiti otot dan
tulang berlainan.
Basal Metabolic Rate (BMR)
Basal Metabolic Rate atau BMR atau berkaitan rapat dengan Resting Metabolic Rate
atau RMR adalah jumlah tenaga harian yang dikeluarkan oleh seseorang
pada masa rehat. Istirehat termasuk pelepasan tenaga yang cukup untuk
menjalankan fungsi asas badan termasuk fungsi organ vital, jantung,
paru-paru, sistem saraf, ginjal, hati, usus, organ seks, otot dan kulit.
BMR adalah kadar minimum kalori yang diperlukan untuk menjalankan
aktiviti harian termasuk tidur, bernafas dan sebagainya.
Beberapa Faktor Yang Mempengaruhi BMR
1. Genetik – Lelaki mempunyai otot yang lebih besar
dan peratusan lemak yang lebih rendah. Ini bermakna mereka mempunyai
tahap yang lebih tinggi.
2. Umur – BMR mengurang dengan usia sekitar 2 peratus setiap 10 tahun peningkatan.
3. Berat – Semakin berat, semakin tinggi BMR.
4. Luas Permukaan Badan – Semakin besar badan, semakin tinggi BMR.
5. Peratus Lemak – Semakin rendah peratusan lemak, semakin tinggi BMR.
6. Diet – Kelaparan atau pengurangan kalori secara tiba-tiba secara dramatik boleh mengurangkan BMR sehingga 30 peratus. Diet rendah kalori menyebabkan BMR turun sebanyak 20 peratus.
7. Suhu Badan – Untuk kenaikan 0.5C suhu dalaman badan, BMR meningkatkan sekitar 7 peratus. Reaksi kimi berlaku lebih cepat pada suhu yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pesakit yang demam dengan suhu 42C akan mengalami peningkatan sekitar 50 peratus BMR.
8. Suhu Luaran – Pendedahan kepada suhu sejuk menyebabkan peningkatan BMR kerana badan perlu mengekalkan suhu dalaman badan.
9. Kelenjar Tiroidsin – Semakin tinggi tiroid
sin
dihasilkan, semakin tinggi BMR. Jika terlalu banyak tiroidsin
dihasilkan, keadaan dikenali sebagai tirotoksikosis, BMR boleh jadi
berganda. Jika terlalu sikit tiroidsin dihasilkan, myxoedema, BMR boleh
menyusut sekitar 30 hingga 40 peratus daripada biasa. Seperti tiroidsin,
adrenalin juga meningkatkan BMR tetapi untuk tahap yang lebih rendah.
10. Latihan – Latihan fizikal membantu meningkatkan BMR dengan membina rangkaian otot.
Cara Kiraan
Lelaki = 66 + (13.7 X berat dalam kilogram) + (5 X tinggi dalam cm) – (6.8 X umur)
Perempuan = 655 + (9.6 X berat dalam kilogram) + (1.8 X tinggi dalam cm) – (4.7 X umur)
Perempuan = 655 + (9.6 X berat dalam kilogram) + (1.8 X tinggi dalam cm) – (4.7 X umur)
Mengira keperluan mengikut aktiviti
Orang biasa = BMR X 1.2 (sedikit atau tiada senaman, kerja pejabat)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)
Peratus Lemak
Ada banyak cara untuk mengukur peratus lemak. Antaranya dengan
menggunakan kaliper, mesin mengukur lemak dan sebagainya. Mesin mengukur
lemak menjadi kurang tepat jika kandungan garam didalam badan sedang
kurang, kebiasanya ketika diet.
Cara Kiraaan Peratus Lemak
(cara ini mungkin ada 3 % kesilapan margin, menggunakan kaliper lebih
baik, mengukur peratus lemak lebih baik daripada mengukur BMI)
_________
EXFUZE SANGAT TERBUKTI BERHASIL MENURUNKAN BERAT BADAN.
Losing
weight means so much more than shedding those extra pounds! Take the
seven+ by eXfuze and see how much weight you can lose the natural way,
and how much better you feel!
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101