ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Tahap kesedaran
tentang penjagaan kesihatan pada kalangan rakyat Malaysia masih rendah
dan kebanyakannya memandang remeh isu tersebut, kata seorang perunding
kesihatan.
Dr Siti Norishah Saad berkata rata-rata rakyat negara ini hanya ke hospital selepas mengetahui mereka mempunyai penyakit selain tidak menitikberatkan konsep 'mencegah itu lebih baik daripada merawat'.
"Ini satu fenomena yang tidak baik kerana sepatutnya mereka perlu mencegah penyakit sebelum penyakit itu menyerang kita," katanya kepada pemberita selepas Forum Kesihatan 'Inovasi Terkini Penyampai Makanan Tambahan Melalui Teknologi Suspensi', di sini pada Ahad.
Dr Siti Norishah berkata berdasarkan satu kajian rakyat Malaysia juga tidak mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk menampung keperluan vitamin dan mineral oleh badan mereka.
"Kajian menunjukkan hanya 30 peratus rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan berbanding 56 peratus di Amerika Syarikat.
"Jika rakyat tidak mengamalkan tabiat makanan yang baik dan tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral dan lain-lain keperluan asas badan, mereka perlu mengambil makanan tambahan supaya dapat memperbaiki dan menampung kekurangan nilai nutrisi makanan mereka," katanya.
Beliau berkata rakyat negara ini juga harus mengetepikan sikap acuh tidak acuh terhadap isu kesihatan diri dan mengambil langkah proaktif untuk kekal sihat.
Jangan segan untuk menemui perunding kesihatan jika berasakan diri bermasalah ataupun untuk meningkatkan tahap kesihatan diri, katanya.
Kira-kira 60 peserta daripada pelbagai peringkat umur hadir program itu yang turut menyediakan ceramah tentang pencegahan kenser dan obesiti, pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pameran kanser.
-- BERNAMA
___________________
DAPATKAN EXFUZE SEKARANG
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan