Rongga ENT
Statistik
yang pernah direkodkan pada tahun 2006 menunjukkan ia antara kumpulan
kanser utama (2,884 kes) yang pernah menggemparkan negara. Dan kanser
ini juga pernah mengalahkan kuasa pembunuh kanser payudara yang boleh
meragut nyawa manusia sebanyak 3,525 pada tahun yang sama! Sungguhpun
begitu kanser telinga hidung dan tekak ini masih belum diberikan
pendedahan da ia perlu dielakkan dengan cara yang bijak.
Menurut
pakar perunding telinga, hidung dan tekak, Dr. Yeo Sek Wee dari pusat
perubatan Prince Court Kuala Lumpur, tidak ada cara yang paling tepat
untuk menyelamatkan nyawa selain pengesanan awal dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Itulah cara yang paling selamat dan tidak menyakitkan.
"'Saya
sangat yakin apabila berbicara tentang kanser, pasti ramai yang
berharap tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini termasuklah kanser
jenis hidung, tekak dan mulut. Kanser yang biasa menyerang bahagian di
bahagian lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti
suara ini akan begitu menyeksa jika ia menyinggahi kepada sesiapa juga.
"
Namun begitu takut saja tidak mencukupi. Cara yang paling berkesan
adalah dengan membuat pengesanan awal di samping mengamalkan cara hidup
sihat dan paling penting jauhi sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan
risiko kanser jenis ini seperti merokok, minum minuman keras, makan
makanan jeruk masin, mengunyah sirih dan sebagainya." katanya sambil
menyatakan kanser ini lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding
wanita.
Menurut
Dr. Yeo, bagi mengesan kehadiran kanser telinga hidung dan tekak,
jangan abaikan sebarang ketulan yang muncul di sekitar mulut dan kawasan
sekitar sekitar leher. Walaupun adakalanya tidak disertai dengan
sebarang kesakitan, ketulan-ketulan akibat sel kanser ini boleh membawa
maut.
"
Anda perlu mengetahui 90 peratus ketulan yang dikesan di bahagian
tersebut berpunca daripada kanser. Sungguhpun peratusan yang diletakkan
pada ketulan asing ini, saya sarankan agar jangan cepat 'mengandaikan'
sesuatu (kanser) sendiri kerana ada juga kemungkinan ia (ketulan)hadir
disebabkan penyakit lain. Justeru sahkan ia dengan dapatkan pemeriksaan
di hospital.
Segera Bertindak
"
Disebabkan kanser ini boleh merebak dan merosakkan sel di kawasan
telinga hidung dan tekak ia memacu kepada punca pelbagai kanser seperti
barah nasofaring, oral,bibir, hidung,sinus, laring, orofaring,
hypofaring, tiroid dan kelenjar liur."
"
Oleh itu jangan sesekali menangguhkan pemeriksaan dan rawatan kerana
berdasarkan pengalaman, saya mendapati pola kematian kanser
kebanyakannya akibat lambat dikesan, Saya sendiri melihat pesakit hanya
hadir ke hospital setelah kanser mereka berada di peringkat yang lewat.
"
Saya berpendapat hal ini terjadi mungkin kerana ramai yang tidak peka
tentang pengesanan awal. Situasi ini sudah pasti menjadikan peluang
untuk hidup juga semakin tipis. Kalau boleh pola kematian akibat lambat
mengesan dan mendapatkan rawatan ini perlu di cegah," tegasnya
memberikan nasihat.
Apakah yang dilakukan untuk mengesan ketulan?
Apakah
yang biasanya dilakukan untuk mengesahkan kehadiran kanser ini? Dr.Yeo
menjelaskan, langkah pertama yang lazim dilakukan ialah kebanyakan
doktor akan mendapatkan latar belakang pesakit dan penyakit keturunan
serta pemeriksaan simptom dikumpulkan. Sekiranya apa yang dijelaskan
oleh pesakit lebih mengarah kepada simptom kanser telinga hidung dan
tekak, prosedur mengesan punca ketulan secara lebih teliti pula
dilakukan.
"
Prosedur ini ada pelbagai jenis seperti pengambilan sel kanser yang
dikenali sebagai Fine Needle Aspiration Catology (FNAC). Dengan
menggunakan peralatan yang seakan jarum suntikan, prosedur FNAC ini akan
menyedut keluar kalenjar tidak normal unutk dikaji dimakmal.
"Selain
itu, pemeriksaan sinar X dengan kaedah endoskopi tidak menjadi pilihan,
cara pengesan yang lain umpamanya dengan menggunakan CT scan atau
Magnetic resonance imaging (MRI). Ia sekaligus dapat mengetahui
peringkat kanser yang dialami oleh pesakit.
Peluang Sembuh Tinggi
"Setelah
sel dikenal pasti pesakit positif kanser ini, pembedahan akan disusuli
bagi kanser yang berada diperingkat awal. Pembedahan ini adalah untuk
membuang ketulan dan bengkak dileher. Ia penting bagi mengelakkan sel
kanser daripada terus merebak ke organ tubuh yang lain. Dengan membuang
sel kanser di peringkat awal pesakit mampu hidup dengan lebih
baik-80 peratus peluang sepenuhnya sembuh dari kanser telinga hidung dan
tekak.
"
Namun sekiranya kanser sudah berada di peringkat yang agak serius,
biasanya bukan pembedahan yang diberi keutamaan. Sebaliknya rawatan
radioterapi adalah lebih praktikal unutk membunuh sel kanser ini dan
memperlahankan pertumbuhan sel.
"Sungguhpun
begitu, untuk menentukan rawatan yang terbaik, ia bergantung kepada
jenis kanser dan tahap keterukan yang dihadapi. Bagi kanser parotid
(kelejar air liur), kalenjar pesakit akan dibuang. Mereka juga akan
digalakkan untuk menjalani rawatan susulan radioterapi dan kimoterapi.
"Sekiranya
langkah ini tidak diambil dan pesakit membiarkan tanpa sebarang
rawatan, struktur muka pesakit akan berubah atau menjadi herot kesan
kerosakan saraf otot mu ka disebabkan kanser.
"Ada
juga kanser yang tidak terus dibedah walaupun masih berada di peringkat
awal, misalnya kanser peti suara. Biasanya untuk membunuh sel kanser di
kawasan ini, laser radioterapi akan diarahkan kepada kawasan di sekitar
peti suara mereka. Langkah ini cukup relevan kerana sel kanser di
kawasan peti suara ini amat sensitif pada sinaran radioterapi dan amat
mudah di musnahkan dengan cara ini.
"
Bagi kanser di peringkat yang lebih berisiko-peringkat tiga dan empat,
langkah membuang peti suara diikuti dengan radioterapi akan dilaksanakan
untuk menyelamatkan nyawa. Seiring dengan kepentingan kualiti hidup,
pesakit yang sudah dibuang peti suaranya akan diberikan peti suara
tiruan- voice prosthesis agar pesakit boleh berinteraksi seperti biasa."
terangnya.
Sumber : Artikel majalah i-sihat
-------------
Azizshoppe memperkenalkan supplement berkhasiat yang mampu merawat kanser ENT dengan berkesan jika diamalkan konsisten. Salah satu antara 7 superfood hebat exfuze adalah buah GOJI.
Goji: Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenis Mineral, Vitamin B, C dan Kompleks E.
- Memusnahkan Radikal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Peredaran Darah
- Merendahkan LDL Kolesterol
- Meningkatkan Sistem Imun
- Meningkatkan Fungsi Hormon
- Mengurangkan Risiko (Cataracts)
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Peredaran Darah
- Merendahkan LDL Kolesterol
- Meningkatkan Sistem Imun
- Meningkatkan Fungsi Hormon
- Mengurangkan Risiko (Cataracts)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan