Batuk.. apakah puncanya ?
Batuk merupakan tindakbalas
kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru.
Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang
terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara ditahan oleh
glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara
serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang
kemudiannya menghasilkan bunyi.
Pada kebiasaannya, batuk adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada
salur pernafasan dan paru paru. Walaupun begitu, banyak sebab lain
mengapa batuk boleh berlaku. Antaranya ialah tersedut makanan masuk ke
kerongkong, merokok, asma, pedih ulu hati, radang bronchus (salur
pernafasan) yang kronik, tumor paru paru, kegagalan jantung, dan ubat
ubatan tertentu (termasuk ACEi)
Rawatan perlu dijalankan dengan
cara mengurangkan punca batuk berlaku seperti berhenti merokok sekiranya
batuk berpunca dari merokok. Sekiranya ACEi menyebabkan batuk, maka
berhenti dari menggunakannya dan dapatkan ubat jantung yang lain.
Ubat batuk seperti Codein
(sejenis opioid) dan dextromethorphan dapat melegakan batuk, namun
menggunakan ubat batuk kadang kala tidak elok kerana mukus yang
terkumpul dalam salur pernafasan tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan
jangkitan semakin merebak
Klasifikasi Jenis batuk:
- Akut: <3 minggu
- Sub-akut: 3 minggu - 2 bulan
- Kronik: >2 bulan
Jenis batuk:
- Batuk produktif (kahak)
- Batuk tidak produktif (kering tanpa kahak)
Dalam kanak kanak, bunyi batuk
yang berbeza mempunyai tanda penyakit yang mudah dikenalpasti. Dalam
kanak kanak, apabila batuk berbunyi seperti anjing menyalak, maka
kemungkinan budak tersebut mempunyai penyakit laryngotracheobronchitis
(Croup). Sekiranya batuk berbunyi pendek kemungkinan dia mempunyai
radang paru paru disebabkan oleh bateria Chlamydia. Batuk khas seperti
batuk kokol (whooping cough) pula disebabkan oleh Bardotella Pertussis.
Bunyinya dikatakan hampir sama dengan bunyi ayam betina yang terbatuk
pendek (stacato) dan berterusan.
Dalam kanak kanak, batuk boleh
jadi sesuatu yang biasa dan bukan dikira penyakit sekiranya mereka batuk
tidak lebih daripada 10 kali sehari.
Punca yang paling paling paling utama yang menyebabkan batuk akut (batuk yang cepat pulih) ialah virus.
Manakala punca yang paling kerap
menyebabkan batuk kronik (batuk yang berpanjangan) ialah asma,
bronchitis (radang salur pernafasan dalam penghisap rokok), pedih ulu
hati, dan radang salur pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.
Jangkitan yang selalu
menyebabkan batuk ialah demam selesema (common cold), pneumonia,
pertusis/batuk kokol, atau batuk kering (TB). Batuk yang berpunca
daripada demam selesema pada mulanya disebabkan oleh jangkitan virus
seperti Rhinovirus dan Coronavirus. Peringkat awal batuk ini
menghasilkan kahak dan batuk untuk membuang kahak adalah baik bagi
menyembuhkan penyakit.
Pada peringkat ini anda akan batuk sehingga batuk
mengganggu tidur. Namun setelah virus dibasmi daripada salur
pernafasan, terdapat sisa/baki radang dan iritasi yang masih
berlaku pada salur pernafasan yang menyebabkan batuk berkekalan selama
seminggu selepas demam tamat. Pada peringkat ini, batuk adalah tanpa
kahak dan anda perlu berusaha untuk menahan batuk kerana batuk hanya
akan menambah iritasi/radang pada salur pernafasan dan menyebabkan batuk
menjadi jadi.
Jika anda perasan, sewaktu peringkat ini berlangsung,
anda akan bangun pada waktu pagi tanpa batuk sekitar puku 9-10 pagi,
bilamana anda mula batuk buat pertama kali untuk pagi itu, anda telah
menggalakkan diri anda untuk batuk lagi dan lagi. Atau gunakan ubat
batuk seperti Codein atau Dextramethorphane dan steroid untuk melegakan
simtom dan punca batuk.
Untuk individu yang mempunyai
asma, batuk menjadi bertambah teruk dengan asma yang dialami. Asma
merupakan alergi pada salur pernafasan. Mengurangkan gerak balas alergi
pada salur pernafasan dapat mempercepatkan proses penyembuhan batuk.
Ubat yang digunakan ialah Beta-2 agonist seperti Salbutamol atau
Anti-muscarinic seperti Ipratropium.
Sekiranya seseorang itu
mengalami batuk berpanjangan terutamanya ia tidak berkahak, maka ada
kemungkinan dia mengalami asma. Terdapat asma yang istimewa yang hanya
dimanifestasi oleh batuk tanpa ciri ciri asma yang lain. Lihat kepada
keluarga pesakit tersebut jika ahli keluarganya ada mengalami asma.
Sekiranya ada mengalaminya, maka dicadangkan mengambil steroid inhaler
bagi mengurangkan punca penyakit.
Radang salur pernafasan kronik (Chronic bronchitis) adalah disebabkan oleh rokok.
Masalah pedih ulu hati juga
menyebabkan batuk. Oleh sebab itu, pesakit perlu diberi anti-asid atau
sekiranya tidak boleh dirawat sedemikian perlulah menjalani pembedahan.
Pedih ulu hati boleh menyebabkan tisu salur pemakanan berubah bentuk dan
mendorong kepada kanser sekiranya dibiarkan.
Pencemaran udara terutamanya
pada hari berkabus dan panas, sangatlah menggalakkan gerak balas alergi
berlaku dan menyebabkan batuk.
Ubat seperti ACEi yang digunakan
untuk mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan penyerapan garam dan
air bagi membantu jantung yang lemah juga boleh menyebabkan batuk.
Jangan lupa, jika anak anda
selalu batuk tanpa sebab, dia juga berkemungkinan untuk megalami batuk
tabiat yang disebabkan dia biasa melakukannya. Kanak kanak ini batuk
kerana tabiat dan merasa ketagih untuk batuk lagi. Oleh itu, suruh anak
anda untuk tahan batuk dan elakkan dari batuk. Ini mungkin kerana
sewaktu dia kecil, dia dikerumuni oleh orang orang yang selalu batuk
lalu dia merasa terdorong untuk batuk bersama. Untuk orang dewasa,
perkara ini jarang berlaku.
Kebanyakan ubat batuk di pasaran mengandungi dadah berjadual, sebaiknya elakkan kerana ianya memberi kesan jangka panjang.
Sebab lain ialah:
- Tumor yang menghimpit salur pernafasan
- Sarcoidosis (gejala seperti TB/batuk kering, nodul menghimpit salur pernafasan)
- Batuk waktu malam adalah disebabkan oleh sakit jantung. Darah yang mengalir ke paru paru dari jantung adalah lebih banyak pada waktu malam sebab posisi berbaring menggalakkan perkara ini berlaku. Oleh sebab itu, pesakit jantung akan mengumpul sedikit air dalam paru paru mereka sewaktu tidur, menyebabkan batuk. 3-4 bantal diperlukan untuk menyelesaikan masalah batuk ini. Sekiranya tanda ini dikesan, pesakit ini perlu dibawa berjumpa dokor secepat mungkin.
- Pesakit Tourette sindrom juga cenderung kepada batuk.
Mnemonic bagi: Tourette's
Komplikasi batuk:
- Mata merah, subconjunctival hemorrhage
- Tekanan darah ke otak tinggi tetapi aliran darah menyusut.
- Buang najis secara tidak sengaja
- Hernia (usus terkeluar dari perut) menjadi jadi
- costochondritis
---------------
Anda
inginkan ubat batuk paling power dan berkesan serta merta ? Ubat batuk
yang selamat tanpa mempunyai kandungan dadah dan meninggalkan sisa dalam
tubuh badan?
Tahniah,
Exfuze Seven Plus klasik adalah jawapannya. Supplement paling selamat
dan berkesan. Hanya mempunyai ramuan dan kandungan yang selamat dan
dikawal ketat oleh BSCG Amerika Syarikat.
Seven
Plus juga sesuai untuk melegakan penyakit dalaman dan merawat paru-paru
dengan efektif. Sangat mujarab ! Cubalah sebotol hari ini.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan