Pengenalan
Pesari adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj
untuk merawat jangkitan.
Contoh pesari
Ubat ini biasanya terdiri daripada bahan aktif ubat dan
bahan bukan aktif seperti lemak koko (cocoa butter) atau minyak sayur-sayuran.
Apabila dimasukkan ke dalam faraj, pesari akan cair pada suhu badan dan secara
beransur-ansur akan melepaskan bahan aktif ke dalam faraj. Pesari biasanya
digunakan untuk tujuan merawat masalah berkaitan dengan faraj.
Sebelum menggunakan pesari.
Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika:
- Anda alergi kepada sebarang ubat
- Anda mempunyai sebarang masalah perubatan
Cara menggunakannya:
- Basuh tangan dengan bersih.
- Baca arahan pada label ubat.
- Keluarkan ubat dan applicator daripada foil aluminium atau plastik
- Masukkan ubat ke dalam applicator dan seterusnya masukkan bahagian applicator yang diisi dengan ubat ke dalam faraj. Jika anda mengandung, jangan gunakan applicator sebaliknya masukkan ubat terus ke dalam faraj menggunakan jari anda.
- Masukkan ubat tersebut sedalam yang boleh ke dalam faraj sama ada menggunakan applicator atau jari sambil baring dengan posisi kaki bengkok serta dikangkangkan.
- Jika menggunakan applicator tekan bahagian hujung untuk menolak ubat masuk ke dalam dan seterusnya keluarkan applicator dari faraj.
- Berada dalam posisi tersebut dalam 15 minit bagi memastikan ubat tersebut tidak keluar.
- Basuh tangan semula.
Penyimpanan
Simpan semua ubat di tempat yang selamat dan jauh dari
kanak-kanak.
Simpan pesari dalam bekas asal dan di tempat yang sejuk
serta gelap, kecuali diarahkan sebaliknya.
Jangan simpan pesari pada suhu melebihi 25°C.
Jangan gunakan pesari selepas tarikh luput yang tertera pada
bekas asal.
Arahan khas
Jika terlupa dos, ambil serta merta. Sekiranya, waktu dos
seterusnya sudah hampir abaikan dos tersebut dan tunggu untuk dos seterusnya.
Jangan gandakan dos.
Pesari mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan
getah. Oleh yang demikian, jika menggunakan alat-alat perancang seperti kondom dan
diafragma keberkesanan alat tersebut tidak dijamin.Akibatnya, terdapat risiko
yang tinggi kondom atau diafragma menjadi nipis dan koyak semasa persetubuhan.
Disyorkan supaya alat-alat perancang berasaskan getah tidak digunakan semasa
rawatan.
Pesari yang sudah cair mungkin boleh keluar daripada faraj.
Bagi mengelakkan daripada pakaian anda kotor, penggunaan pantyliner atau tuala
wanita disyorkan.
Jangan gunakan tampon kerana ia boleh menyerap ubat sebelum
ia ubat tersebut bertindak. Penggunaan pesari hendaklah diteruskan walaupun
semasa haid.
Cuci applicator dengan air panas setelah selesai
menggunakannya atau jika perlu menggunakannya untuk dos seterusnya.
Walaupun berasa telah sembuh, adalah penting untuk
menggunakan semua pesari yang dibekalkan bagi tempoh tersebut.
Jika anda berasa tidak sembuh atau keadaan menjadi lebih
teruk, sila berjumpa dengan doktor.
Gunakan pesari mengikut arahan yang dilabelkan.
Peringatan:
Jangan telan pesari.
Kesan sampingan
Jika anda mengalami iritasi atau apa-apa kesan sampingan
yang lain selepas menggunakan pesari, sila maklum kepada ahli farmasi atau
doktor.
-----------------
Exfuze adalah selamat dan 100% semulajadi tanpa penggunaan
dadah atau steroid dalam merawat kesakitan. Dapatkan sebotol Seven Plus klasik
hari ini dan rasai kehebatannya.
CALL
/ SMS AZIZ : 010 7890101