Info Penyakit Kanser
Penyakit kanser merupakan
pembunuh nombor dua di Amerika Syarikat. Satu tangga di bawah penyakit jantung.
Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau
1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk
penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh
kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama.
Anda mungkin bertanya apakah
tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi
kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser
payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat.
Di Malaysia, jumlah mereka yang
mengidap kanser meningkat daripada 32,000 kes baru pada tahun 2008 kepada
37,400 pada tahun 2012. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 56,932 pada
tahun 2025. Jumlah kematian akibat kanser adalah sebanyak 20,100 orang pada
tahun 2008 dan meningkat kepada 21,700 kematian pada tahun 2012 atau lebih
kurang 60 orang sehari (kematian akibat demam denggi adalah kira-kira 60 orang
setahun).
Sama ada anda atau mereka yang
rapat dengan anda mengidap kanser, memahami apa yang dijangkakan akan membantu
anda menghadapinya. Di laman ini dipaparkan maklumat tentang kanser; punca,
tanda-tanda atau simptom, pilihan rawatan, penawar atau ubat, faktor risiko dan
maklumat-maklumat lain mengenai kanser.
Testimoni Pesakit Kanser yang menggunakan Exfuze sebagai alternatif rawatannya :
KANSER TULANG TAHAP 3. |
CALL / WHATSAPP AZIZ : 0136901165
Tiada ulasan:
Catat Ulasan