Vape adalah sejenis rokok
elektronik yang menjadi kegilaan remaja dan anak muda bahkan orang lebih tua
pun menjadikan rokok elektronik sebagai ganti kepada rokok. Pada minggu ini ada
beberapa page popular memuat naik status tentang vape ada page yang menghentam,
bahkan ada pula yang menyokong. Page-page popular ini memuat naikkan satu video
ustaz azhar yang mengulas tentag isu rokok elektronik dan juga ada di kalangan
mereka memuat naikkan status tentang kebaikkan vape.
Sehingga kini ramai yang
meneggakkan kebenaran fantasi masing-masing iaitu kebenaran halal haram dan
juga cukai kerajaan. Mereka-mereka ini berfantasi bahawa vape itu halal untuk
dihisap dan ada berpendapat haram untuk dihisap. Bagi mereka yang berasa halal
di hisap mengeluarkan pendapat bahawa vape menjadi haram disebabkan kerana
kerajaan mahukan cukai dari vape dan juga info-info mengenai vape dalam surat
khabar juga tidak benar bagi mereka-mereka ini.
Jadi mereka-mereka ini
berbalah sama sendiri bagi menegakkan kebenaran fantasi mereka walhal mereka
terlupa bahawa ada ISU TERPENTING dipinggirkan seperti budak sekolah membawa
vape ke sekolah. Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini? Adakah dengan
kebenaran fantasi mampu mengubah budaya hisap vape dalam diri adik-adik di
sekolah?
Adakah anda (mereka yang
menegakkan kebenaran fanatasi) suka melihat adik-adik ini menghisap vape? ada
juga dikalangan perempuan menghisap vape untuk menampakkan “cool” dan juga
“hebat” di mata masyarakat. Adakah budaya ini yang kita mahukan?
Sepatutnya, kita sebagai
masyarakat menyokong modus operandi akhbar yang mahukan membudayakan anti-vape
kedalam masyarakat sekolah. Kita mahukan adik-adik sekolah kita mempunyai
budaya yang cemerlang dalam kehidupan bukan dengan menghisap vape ia mampu
melonjakkan kehidupan adik-adik kita. Aku bukan anti-vape, tapi aku kecewa dengan
masyarakat hari ini yang memfokuskan isu halal haram dan cukai mengenai vape
tapi lupa kepada budaya vape yang semakin menular dikalangan adik-adik sekolah.
Ada sanggup habiskan wang
semata-mata ingin membeli vape dengan harga yang mahal yang boleh mencecah
beratus-ratus ringgit. Dan cecair pula boleh dikongsi dengan ramai orang. Ini
menjadikan salah satu sebab mereka membawa vape ke sekolah. Kepada peniaga,
mungkin buatlah satu cara bagaimana ingin membendung masalah vape ini
dikalangan pelajar sekolah, anda ingin menjual, silakan tidak menghalang,
tetapi berilah ruang dalam hati anda untuk membantu masyarakat membendung
masalah ini.
----------------
Exfuze menyokong
penguatkuasaan undang-undang yang seragam dan menyeluruh mengenai penggunaan vape ini . Mari hidup lebih sihat dan aktif
tanpa vape dan rokok.
Selamatkan anak muda dari vape dan rokok.
CALL / WHATSAPP AZIZ :
0136901165
Tiada ulasan:
Catat Ulasan