Kanser merupakan masalah kesihatan
yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta
penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam konteks Malaysia, penyakit
kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas
menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan
perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat
150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala daripada segi bilangan kes baru
yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah
kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut
perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang
meningkat usianya.
Apakah KANSER?
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser
adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam
keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel
berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika
tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak,
hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru
dan lain pula.
Apakah yang menyebabkan KANSER?
Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser masih tidak
diketahui dengan jelas. Sehingga 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam
sekeliling dan cara hidup. Faktor-faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada
2 kategori utama seperti berikut;
- Faktor yang tidak boleh diubah suai seperti jantina,
umur dan pembentukan genetik.
- Faktor yang boleh diubah suai yang dikaitkan dengan
cara hidup dan alam sekeliling.
Faktor risiko KANSER
- Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
- Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan
pelbagai jenis kanser.
- Pengambilan makanan yang diawet dengan garam, bersalai
dan jeruk bernitrit yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis
kanser.
- Melakukan hubungan seks pada usia yang sangat muda dan
dengan ramai pasangan dikaitkan dengan kanser serviks.
- Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara
berterusan menambahkan risiko kanser ruang mulut, farinks dan esofagus dan
juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
- Mengunyah sirih tembakau dikaitkan dengan kanser mulut.
Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
- Pendedahan kepada agen karsinogen di tempat kerja dan
alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
Apakah tanda amaran awal KANSER?
- Berlaku pendarahan yang luar biasa di antara tempoh
haid atau selepas putus haid.
- Benjolan atau bengkak pada payu dara atau sebarang
perubahan yang dikesan pada payu dara.
- Terdapat perubahan daripada segi amalan membuang air
besar.
- Benjolan atau bengkak yang tidak wujud sebelum ini.
- Pendarahan yang luar biasa daripada hidung atau hilang
pendengaran atau telinga berdengung.
- Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau
tompok-tompok putih dan merah di mulut.
- Suara menjadi garau yang berpanjangan lebih dari dua
minggu.
- Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang
berpanjangan.
- Batuk berterusan dan kahak berdarah.
------------
Exfuze telah terbukti menangani banyak
testimoni daripada para pesakit kanser. Cubalah sebotol hari ini dan rasai
perubahannya.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101