Ahad, 7 Julai 2013

TESTIMONI PESAKIT RESDUNG



[Image: pesakit%2Bresdung.jpg]

PENYAKIT RESDUNG DAN TANDA-TANDANYA

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.


Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.


Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.


_____

TESTIMONI PESAKIT RESDUNG YANG TELAH PULIH , 



SUSAH NAK DAPATKAN SEVEN PLUS 
DI KAWASAN ANDA ? 

CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Jumaat, 5 Julai 2013

TESTIMONI PESAKIT FIBROID : EXFUZE PRODUK TERBAIK !


Apakah Ketumbuhan Fibroid?


Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.


Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.


Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


fibriod


Mengapa Tumbuh Fibroid?


Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.


Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.


Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


fibroid08


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon


Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.


Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. 

Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


 Apakah Gejala-gejala Fibroid?


Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. 

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Gangguan Haid


Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.


Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.


 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan


Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.


Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.


 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing


Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.


Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)


Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.


 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?


Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.


Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.


 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan


Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.


Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.


Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.


 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)


Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.


Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.


Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon


Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. 

Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.


Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj.

 Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

____________

KAMI DI EXFUZE SEVEN PLUS JUGA BERHASIL MENEMUKAN TESTIMONI DARI PENGGUNA YANG BERJAYA SETELAH MENGGUNAKAN PRODUK SEVEN+ KELUARAN EXFUZE.


WHATSAPP AZIZ : 013 6901165

Rabu, 3 Julai 2013

TESTIMONI PESAKIT HEMPEDU : EXFUZE SEVEN PLUS SANGAT MEMBANTU


Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu
  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

TESTIMONI PESAKIT HEMPEDU YANG MENGAMALKAN SEVEN PLUS


CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Isnin, 1 Julai 2013

TESTIMONI PESAKIT KANSER OVARI

PENDAHULUAN DAN APA ITU KANSER OVARI

Kanser ovari adalah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat. Kanser ovari adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh ”Malaysian National Cancer Registry 2003”, sejumlah 498 kes kanser ovari telah dilapurkan di Semenanjung Malaysia dan jumlah sebenar kes kanser ovari di Malaysia sebenarnya jauh lebih besar dari angka ini. Di antara kanser organ reproduktif wanita, kanser ovari merupakan kanser yang paling sukar dikesan dan mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini disebabkan oleh kesukaran mengesan kanser ini pada peringkat awal dan tidak ada kaedah pencegahan yang berkesan. Pesakit sering datang lewat untuk menerima rawatan dan pada ketika itu rawatan adalah sukar dan kurang berkesan.



Kanser ovari sering berlaku di kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Hampir 50% daripada wanita yang menghidap kanser ovari adalah berumur lebih dari 65 tahun. Di negara-negara Barat, insiden kes kanser ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berumur 70-74 tahun. Manakala di Malaysia, menurut lapuran Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, kadar insiden kanser ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita berusia 50-59 tahun. Walau bagaimanapun, kanser ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda, malah ada kes kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun.

JENIS-JENIS KANSER OVARI

Kanser ovari boleh berasal dari 3 bahagian kelenjar ovari iaitu selaput ovari (“epithelial”), stroma ovari dan juga dari sel-sel germa (“germ cell”).

Secara umumnya kanser ovari dibahagikan kepada 3 kategori :
  • Kanser ovari yang berasal dari selaput ovari dikenali sebagai Epithelial Ovarian Cancer” dan    kanser jenis ini adalah yang paling kerap ( 70-80% dari keseluruhan kanser ovari). Contoh kanser ovari jenis “Epithelial Ovarian Cancer” adalah “Serous cystadenocarcinoma”, “mucinous   cystadenocarcinoma” dan lain-lain lagi.
  • Kanser ovari yang berasal dari stroma ovari dikenali sebagai “Sex cord Stromal Tumour. Contoh   kanser ovari jenis Sex Cord Stromal Tumour adalah “Granulosa cell tumour”, “Sertoli-Leydiq  tumour”, “Brenner tumour” dan lain-lain.
  • Kanser ovari yang berasal dari sel-sel germa dikenali sebagai "Germ Cell Tumour". Di antara kanser ovari jenis ini adalah Dysgerminoma, Yolk sac tumour, Mixed germ cell tumour dan lain-lain.















Testimoni pesakit Kanser Ovari hasil penggunaan bertwerusan produk Seven Plus Malaysia




CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Sabtu, 29 Jun 2013

SEVEN+ : MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA


5 Makanan Yang Boleh Kekalkan Stamina

Kevin Zahri
 
5 Makanan Yang Boleh Kekalkan Stamina

Makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang  salah boleh menyebabkan seseorang ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Jadi dalam entri ini, saya akan menyenaraikan 5 makanan yang baik untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan kita. Jom kita intai – intai.


1. Pisang

Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa,  Pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikanyang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.


2. Soya

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang. Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.


3. Goji

Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif. Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif.


4. Daging

Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya, Daging putih pula daripada keluarga Burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri,pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang, Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan.


5.  Telur

Kejayaan Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin yang telah berjaya mencipta beberapa rekod pendakian gunung banyak bergantung kepada diet dan pemakanan beliau, ia adalah penting   untuk mengekakalkan stamina beliau untuk menawan puncak gunung, salah satu petua yang diamalkan beliau adalah mengamalkan makan telur kuning ayam kampung yang dicampur dengan halia.Apa kebaikan telur ayam kampung ini sehingga ia mampu mengekalkan stamina seseorang jika diamalkan, jom kita singkap.

Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan, Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba. Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.



_____________

Kami di Exfuze Seven Plus Malaysia menemukan keajaiban sumber tenaga dan stamina. buktinya atlit dunia :



Even the PROs take it! Vijay Singh - pemain golf profesional, pengguna Seven+ utk meningkatkan stamina & tenaga! Anda sudah mencubanya? Baik utk atlit atau penjagaan kesihatan..


Vijay Singh - pemain golf profesional




Beliau telah menang 34 kali PGA Tour, termasuk 3 major dan FedEx Cup pada 2008.


Vijay Singh - professional golfer


He has won 34 times on the PGA Tour, including three majors and the FedEx Cup in 2008.
____


CALL /SMS AZIZ : 010 7890101


Khamis, 27 Jun 2013

TESTIMONI PESAKIT KULIT MELECUR

                               Melecur dan Melepuh

Pengenalan

Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.

Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:

Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
Objek panas seperti sterika, dapur.
Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
Kebakaran bahan kima yang menghakis.
Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala

                                                            Melecur terbahagi kepada :

Permukaan Kulit
Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.

Terbakar Kulit Dalam

Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :

Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.

Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.

Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 30 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan perlu diambil sekiranya :

Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Pencegahan

Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan

Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan plastik.
-----------
KAMI JUGA BERHASIL MENEMUKAN TESTIMONI PESAKIT MELECUR KULIT
 
 
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Selasa, 25 Jun 2013

TESTIMONI PESAKIT KULIT

Jenis-Jenis Penyakit Kulit

Folikutis

Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyait ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Untuk merawat penyakit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.

Ekzema

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah.Ekzema tidak boleh diubati. Rawatan cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.

Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Jerawat

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.

Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.

Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.

 -------------

Kami telah menjumpai testimoni pesakit kulit yang telah dan semakin sembuh dari penyakit kulit. Cubalah Exfuze Seven Plus Klasik hari ini.

 


CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Sabtu, 22 Jun 2013

PIRAMID MAKANAN TERMUDAH


DAPATKAN EXFUZE SEVEN PLUS TERUS DARI SAYA.

CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Jumaat, 21 Jun 2013

EXFUZE SEVEN : PENYAKIT YANG TAK MANIS



PENYAKIT YANG TAK MANIS & TAK SESEDAP MILO AIS

Nama saje manis, tapi kalau da kena, mmg hidup jadi tak ‘manis’, kurang gembira, kurang macam2. Kalau tak jaga, lama2, kurang anggota badan pula, lepas jari, potong kaki, silap2 boleh buta. 

Jangan buat main2 isu penyakit KENCING MANIS ni!

Dan jangan tak tau, MALAYSIA kita adalah negara paling tinggi pesakit DIABETIS di rantau Asia Tenggara!! 

Cepat2lah berubat sebelum melarat. Tak susah pun, ambil ni-> Exfuze 7+. Minum terus, rasa pun sedap. Cuba sebulan, sy gerenti paras gula terkawal. 

CALL / SMS : AZIZ 010 7890101

Khamis, 20 Jun 2013

AWAS : KETAGIH GULA ITU BAHAYA



Pernah rasa tak puas makan atau minum kalau takda manis dlm makanan? 
Rasa nak kunyah sesuatu yg manis? 
Suka makan makanan yang manis? 
Peminat desert (kek, kuih, aiskrim, puding)?

Semua ini tanda ketagihan pada gula, yg mana dianggap oleh beberapa saintis sebagai ketagihan yg sama seperti ketagihan kepada dadah jenis heroin.

Dasyat kan?

Bagaimana boleh anda kurangkan ketagihan pada makanan manis? 
-> Minum lebih banyak air masak apabila rasa nak makan benda2 manis. Try ni--> Exfuze 7+

Kenapa Exfuze 7+?

• Tiada pemanis tiruan/ tmbahan (maka ia takan menaikkan paras gula anda)
• Kaya dengan agen antioksida yg mampu mengawal kadar gula dalam darah
• Dari ekstrak yg mudah serap 4 kali ganda lebih baik dari jus (badan mudah serap, maka anda akan rasai perubahannya segera)
• Ready to drink: minum terus. Hanya 3/4cup sahaja
• TIADA Sodium Benzoate (sbg pengawet) yg boleh mencetuskan agen barah.

100% Selamat, Halal & Berkesan! 

>>Share-kan JIKA anda rasa, ada kawan atau ahli keluarga anda memerlukan ikhtiar kepada sakit Diabetis, Darah Tinggi, Mslh Jantung & Mslh Buah Pinggang

CALL /SMS AZIZ : 010 7890101

Rabu, 19 Jun 2013

PAKEJ DAFTAR MENJADI AHLI EXFUZE SEVEN PLUS


Harga keahlian Exfuze Malaysia terbaru bermula  7 April 2016



WHATSAPP  / SMS AZIZ : 

013 6901165

Selasa, 18 Jun 2013

EXFUZE : PEK CHAIRMAN'S CLUB

In Stock 

------------------------------------------------------------------

JADI AHLI, DAPATKAN DISKAUN DAN ANDA BOLEH JANA

PENDAPATAN SAMPINGAN JUGA!


Whatsapp / Call: 013 6901165

------------------------------------------------------------------

eXfuze Seven Plus Classic (eXfuze) adalah minuman kesihatan untuk semua peringkat umur dan boleh diamalkan oleh pesakit mahupun untuk tujuan kesihatan harian.

Mengandungi kebanyakkan daripada lagenda botani yang MUJARAB dan KAYA dengan pelbagai KHASIAT, eXfuze adalah makanan super 100% semula jadi. Diformulasikan oleh para saintis melalui kajian phytokimia yang mendalam. eXfuze merupakan peneraju kepada phytokimia dan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan ekstrak (bukan jus biasa).

eXfuze membekalkan nutrien secukupnya kepada tubuh badan, membuatkan badan kita mampu merawat, mencegah, mengimbang dan menjana semula sel. Yang sihat, kekal sihat dan aktif. yang sakit pula mampu disembuhkan dan kembali sihat. 

Kombinasi 7 SUPER FOOD yang boleh MENGAWAL DAN MENCEGAH Penyakit Kronik, seperti berikut;
Darah Tinggi
Kanser
Penyakit Jantung
Alzheimer
Kencing Manis
Stroke
Batu Karang
Penyakit Kulit
Etc

Dirumus dari ekstrak 7 SUPERFOOD iaitu:
-Goji
-Manggis
-Noni/ Mengkudu
-Acai
-Seabuckthorn
-Brown Seaweed
-Gac

eXfuze Seven Plus Classic tidak mengandungi:
-gula tambahan
-gula tiruan
-sodium benzoate (pengawet)
-tiada pekatan (concentration)

Ianya 100% selamat diamalkan setiap peringkat umur. Bayi kecil, ibu mengandung mahupun mereka yg menjalani dialisis buah pinggang juga boleh amalkan.

Produk kami, HALAL, 100% Vegetarian, Approved BSCG (bebas dadah, diguna atlit profesional), Kadar Orac 50,000/litre (tertinggi diantara pengeluar minuman kesihatan berasaskan jus).



WHATSAPP / SMS AZIZ :

 013 6901165
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
disahkan halal

TERBUKTI


Orac Value Exfuze

Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.

The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition

Picture

ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
. EXFUZE ORAC
=50,000 equivalents per liter
Young Berry Juice ORAC =32,750 equivalents per liter
Mona Vie Juice ORAC =18,500 equivalents per liter
Xango Juice ORAC =13,750 equivalents per liter
EB Tahitian Noni Juice ORAC =12,500 equivalents per liter
Himalayan Goji Juice ORAC =10,000 equivalents
Silver Sea ORAC =2,000 equivalents per liter

Report From
Orac Value Exfuze
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition. The name eXfuze originated from the process of creating Seven+. The "eX" represents the extracts that are taken from each botanical, ensuring that only the most nutrition-rich parts are used.
"Fuze" designates the "fuzing" of all of the ingredients into a formula that is nutrition dense and second to none.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.

Kekuatan Seven +





eXfuze Seven – Ingredients

Picture
GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.

- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol



Picture
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.

- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.

Picture
Goji
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.

- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)


Picture
Mangosteen
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.

Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.

- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi


Picture
Seabuckthorn
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.

- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman

Picture Acai
Mangandungi Vitamin A, B1, B2, & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonurtrien dan Asid Amino yang hampir sempurna !.

- Membantu & Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti.
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah.
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.

Picture
Brown Seaweed
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan

Picture
WATER of Life
(Functionnal Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua " Superfood " yang terhebat ini. exfuze stelah menggunakan Air ' Functional ' yang tulen didalam SEVEN+ Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yan g sehat. Dengan nilai PH yang lebih tingg. ia amat mudah diserap ke dalam badan.