Sabtu, 31 Ogos 2013

EXFUZE1 :Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia

Ditulis oleh Mastura binti Mohd Zain. Posted in Artikel

 
Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.

Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan 26% daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutang.

Jumlah itu pula dijangka terus meningkat kerana gaya hidup rakyat negara ini yang kurang bersenam, tekanan kerja dan gemar mengambil makanan segera. Mengikut AKPK, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun.

Pada tahun 2007, sebanyak 18% sahaja yang dirujuk kepada AKPK dan kini meningkat kepada 26%. Dalam kebanyakan kes, pesakit menggunakan kad kredit untuk mendapatkan rawatan awal. Ini kerana hospital-hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit. Oleh itu jalan mudah adalah bagi mereka menggunakan kad kredit.

Akhirnya, bukan sekadar membayar deposit sahaja menggunakan kad kredit, keseluruhan kos rawatan juga dibayar menggunakan kad kredit. Timbul persoalan apakah yang menyebabkan kos rawatan tinggi di hospital swasta? Ini kerana doktor profesional tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj yang tinggi terhadap pesakit kerana mempunyai jadual dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kadar bayaran doktor profesional adalah tertakluk di bawah Jadual ke 13 kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Ini bermakna kadar caj doktor telah ditetapkan jumlahnya.

Oleh itu caj yang mahal bukan disebabkan oleh bayaran doktor atau kepakaran, tetapi bayaran lain seperti sewa peralatan dan bilik bedah, penyelenggaraan yang tinggi serta kemudahan bilik rawatan terkini bertaraf lima bintang.

Terdapat juga caj bagi perkhidmatan jururawat, alat pakai buang, ubat yang lebih mahal serta bayaran perkhidmatan untuk buang sampah, yang juga dikenakan kepada pesakit. Ini yang menyebabkan bayaran hospital swasta kebanyakannya terlalu tinggi.

Berbanding dengan hospital kerajaan di mana perkhidmatan dan ubat-ubatannya ditanggung oleh kerajaan dan pesakit hanya membayar alat ganti dalam pembedahan. Seeloknya pesakit mendapatkan maklumat terperinci mengenai kos rawatan sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta. Pesakit juga perlu bertanya tentang sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, contohnya komplikasi semasa pembedahan yang akan mengakibatkan caj tambahan.

Jika pesakit sudah dilindungi di bawah insurans, pastikan jika terdapat had kepada jumlah kos rawatan yang ditanggung pihak insurans agar tidak terpaksa membayar lebih dari jumlah yang ditetapkan.

Bagi pihak hospital pula perlu lebih telus dalam memberitahu semua pesakit terlebih dahulu mengenai anggaran kos rawatan di hospital mereka, selain bayaran bagi doktor profesional. Contoh caj adalah caj yang dinaikkan disebabkan oleh kos peralatan atau kelengkapan pakai buang, kos bagi inisiatif kualiti, kos kawalan jangkitan hospital dan sebagainya di mana kenaikan kos tersebut tidak dapat dielakkan.

Pada masa yang sama, pihak hospital swasta perlu menyediakan bil terperinci kepada pesakit apabila diminta. Pesakit yang merasakan bil hospitalnya terlalu tinggi atau melampau, boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan.

Semua aduan akan disemak dengan merujuk kepada Jadual Ketiga Belas, Peraturan-Peraturan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta (Hosptal Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Sekiranya aduan tersebut berasas, kementerian akan memohon pihak hospital dan pengamal perubatan terlibat untuk mengemukakan penjelasan serta mengadakan rundingan dengan pengadu.

Di antara sebab bil rawatan tinggi adalah kerana hospital swasta lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding soal kemanusiaan. Oleh itu disarankan agar hospital swasta jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain tetapi perlu juga bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.

Masyarakat kita juga harus mengubah sikap suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kepada orang lain. Jika memang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, maka tidak payahlah ke situ. Seperti kata pepatah “ukur baju di badan sendiri”. Yang penting hidup mengikut kemampuan dan jangan fikirkan apa orang lain kata. Yang akan menanggung bil rawatan yang tinggi adalah diri sendiri, bukan orang lain.

Bagi orang Islam, hendaklah berusaha menjelaskan hutang rawatan perubatan mereka. Ini kerana orang yang tidak membayar hutang rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang tersebut. Sudah tentu kita tidak mahu terdiri dari golongan yang dimaksudkan.

_______________
Kami di Exfuze telah menemukan pelbagai testimoni postif. Boleh rujuk halaman TESTIMONI.

nilai harga diri anda bila anda menghadapi bermacam2 penyakit & kos2 rawatan yg dianggarkan utk penyakit2 anda. renungan bersama

‪‎Bagaimana‬ nak dapatkan?

CALL / SMS AZIZ  : 010 7890101

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
disahkan halal

TERBUKTI


Orac Value Exfuze

Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.

The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition

Picture

ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
. EXFUZE ORAC
=50,000 equivalents per liter
Young Berry Juice ORAC =32,750 equivalents per liter
Mona Vie Juice ORAC =18,500 equivalents per liter
Xango Juice ORAC =13,750 equivalents per liter
EB Tahitian Noni Juice ORAC =12,500 equivalents per liter
Himalayan Goji Juice ORAC =10,000 equivalents
Silver Sea ORAC =2,000 equivalents per liter

Report From
Orac Value Exfuze
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition. The name eXfuze originated from the process of creating Seven+. The "eX" represents the extracts that are taken from each botanical, ensuring that only the most nutrition-rich parts are used.
"Fuze" designates the "fuzing" of all of the ingredients into a formula that is nutrition dense and second to none.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.

Kekuatan Seven +





eXfuze Seven – Ingredients

Picture
GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.

- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol



Picture
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.

- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.

Picture
Goji
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.

- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)


Picture
Mangosteen
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.

Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.

- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi


Picture
Seabuckthorn
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.

- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman

Picture Acai
Mangandungi Vitamin A, B1, B2, & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonurtrien dan Asid Amino yang hampir sempurna !.

- Membantu & Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti.
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah.
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.

Picture
Brown Seaweed
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan

Picture
WATER of Life
(Functionnal Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua " Superfood " yang terhebat ini. exfuze stelah menggunakan Air ' Functional ' yang tulen didalam SEVEN+ Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yan g sehat. Dengan nilai PH yang lebih tingg. ia amat mudah diserap ke dalam badan.