Patah Tulang. Kenapa Perlu Besi?
Ya, kenyataan ini adalah separuh betul.
Sebenarnya jika anda patah dan tidak mahu ke hospital, selepas 3 bulan, tulang yang patah itu boleh bercantum semula.
Seekor beruk di hutan, terlepas dari dahan pokok , jatuh ke tanah dan patah kakinya.
Tidak ada pakar tulang tulang mahupun bomoh tulang yang akan merawat.
Namun begitu, selepas 3 bulan patahnya sembuh dan beruk itu melompat
semula.
Apakah perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua tulang peha tersebut?
Tulang di sebelah kiri adalah lebih pendek daripada tulang di sebelah
kanan. Ini berlaku kerana apabila tulang itu patah, ia tidak diluruskan
dan disejajarkan (aligned) dengan sempurna. Apabila tidak diluruskan
dan tidak disejajarkan samada menggunakan instrument ataupun plaster of
paris (simen), maka tulang itu akan selamanya bengkok dan pendek.
Bolehkah tulang disejajarkan tanpa menggunakan besi?
Apabila tulang besar seperti tulang peha atau tulang tangan patah, ia
akan menjadi bengkok dan tidak sejajar. Ini adalah kerana tulang besar
ini dipegang oleh otot peha yang besar dan kuat. Apabila patah, otot ini
akan menarik tulang ini kepada arah yang berlainan. Hujung tulang yang
patah ini pula akan lari daripada paksinya. Ini dipanggil patah yang
tidak stabil.
Untuk menjadikan ia sejajar, ia bukan lah mudah terutama tulang peha.
Hanya dengan memasang besi dan dikemaskan dengan skru khas sahaja maka
tulang itu dapat diluruskandan distabilkan. Itu sebabnya, kenapa kita
perlu meletakkan besi sekiranya tulang kita patah.
Sekiranya patah tersebut stabil, yang bermakna hujug patah tersebut
tidak jauh dari kedudukan asal dan tidak perlu disejajarkan, maka ia
hanya perlu disimenkan (plaster of paris). Ada juga patah yang stabil
tidak perlu dibuat apa-apa pun.
_______
TESTIMONI PESAKIT PATAH TULANG YANG BERKAITAN PATAH TULANG. SANGAT CEPAT PENYEMBUHANNYA. DOA, USAHA DAN TAWAKKAL PASTI DIMAKBULKAN ALLAH.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan