Selalu rasa penat apakah puncanya?
FATIGUE"
atau rasa penat yang selalu dialami oleh sebahagian dari kita telah dianggap
sebagai salah satu dari fenomena hidup yang mesti diterima.
Sering kali kita dengar keluhan 'aduh letih' bukan sahaja dari orang-orang
disekeliling Kita tetapi juga kita sendiri.
Suri rumah, terutamanya, paling ramai menjadi mangsa kepenatan yang adakalanya
menjadi kronis dan melemahkan anggota mereka sehingga tidak berdaya melakukan
sesuatu. Menurut satu kajian perubatan yang dijalankan rasa letih dan lesu di
kalangan wanita merupakan satu aduan yang sering didengar.
Keadaan letih lesu yang sudah mencapai tahap kronis selalunya diikuti dengan
sakit kepala, sakit tulang belakang, makanan yang kurang hadam dan selsema. la
juga merupakan faktor yang menyebabkan wajah kelihatan tidak berseri, dan lekas
marah.
Pada keseluruhannya berbagai aspek kehidupan menjadi lebih sukar bagi mereka
yang diganggu oleh kepenatan. Tidak ada sesuatu yang menyeronokkan dalam hidup
mereka. Hidup bagi mereka merupakan satu tanggungjawab dan kemestian tanpa
kebahagiaan dan keseronokan.Sebab utama rasa letih lesu ini amat sukar
difahami.
Bagaimanapun, para doktor mencadangkan agar pemeriksaan awal dijalankan sebagai
langkah pertama untuk mencari sebab dan punca yang mungkin. merupakan
petanda-petanda awal bagi penyakit yang lebih serius. Kalau ia merupakan
petanda-petanda penyakit yang masih diperingkat awal, sudah tentu akan beransur
pulih sekiranya rawatan perubatan diberikan kepadanya.
Rasa letih yang disebabkan penyakit, menurut pendapat seorang pakar, tandanya
ialah anda merasa segar semula selepas bangun pagi.
"Letih lesu yang disebabkan penyakit ini tidak akan dapat dirasai
di sebelah pagi tetapi semakin tenat disebelah petang." kata pakar itu.
"Anaemia," kekurangan sel merah dalam darah merupakan satu sebab
utama mengapa anda merasa letih.
"Keadaan ini sering berlaku di kalangan wanita yang berumur lewat
30an atau 40an," kata seorang doktor. "Mereka kehilangan darah setiap
bulan, lebih dari mereka se-patutnya kehilangan dan ini pula tidak diganti pada
bulan depannya."
Inilah salah satu sebab utama mengapa mereka menghadapi keadaan penat dan lesu.
Perasaan dan rasa letih lesu boleh juga berlaku akibat mengambil dadah yang
bertujuan merawat sebarang penyakit, bagaimanapun keadaan ini berlaku hanya
untuk sementara sahaja.
"Sebarang penyakit paru-paru atau sistem pernafasan, sakit jantung dan
buah pinggang juga boleh menyebabkan rasa penat dan letih lesu," kata
pakar itu.
"Sakit kencing manis di Australia selalu berlaku di kalangan mereka yang
berumur 40 tahun ke atas, ini juga boleh menyebabkan rasa letih lesu. Sebarang
penyakit lain yang kronis seperti TB, barah, bronchitis dan juga selsema
semuanya boleh membawa kepada rasa letih dan lesu.
Dalam berbagai jenis penyakit yang kronis, katanya, kuman-kuman yang
menyebabkan
penyakit itu mengeluarkan racun yang merebak kedalam sistem darah kita dan
menyebabkan badan kita benar-benar letih dan lesu.
Menurut sebilangan doktor, sebahagian besar dari punca keletihan tidak
disebabkan oleh sebarang punca fisikal terutamanya keletihan yang dialami oleh
para suri rumah, apa yang jelas ialah punca utama keletihan di kalangan isteri
ialah tekanan emosi dan jiwa.
Kalau anda sedang mengalami keadaan saikologi yang kurang tenteram, terutamanya
kerana susah hati letih, lesulah petanda petanda yang paling utama, demikian
menurut seorang pakar.
Tekanan dari berbagai jenis sumber lain seperti bunyi bingit yang bising,
kederasan dan cabaran kehidupan moden yang sentiasa membuat anda penat dan
letih. Tetapi sekiranya anda merupakan isteri yang tinggal di rumah dengan
keluarga dan urusan rumahtangga, masalah utama anda ialah rasa bosan dan jemu,
ini disertai pula dengan rasa sepi dan kecewa.
Letih lesu yang kronis selalunya merupakan
tanda-tanda yang dilahirkan kerana konflik yang sedang bergelora di dalam jiwa
anda dan persoalan yang sentiasa menakutkan diri anda seperti mengenai nasib
dirinya dan ke manakah arah yang ditujuinya sentiasa menghantui fikiran mereka.
Sebagai isteri dia mungkin sudah menyiapkan sarapan pagi, menghantar suami dan
anak-anak ke tempat masing-masing dan menyediakan hidangan tengahari pula.Dia
juga mungkin sudah siap dengan kerja-kerja membasuh, menyapu, mengilat,
menggosok, menjahit pakaian yang perlu dibaiki dan tidak punya sedikit pun masa
lapang, tetapi dia tidak merasa puas hati dengan kerja-kerja yang telah
disiapkan itu.
Adakalanya pula "mood" yang kurang baik itu tidak menyenangkan orang
lain. Sikap anda yang berubah ini mungkin kurang menyenangkan suami atau
anak-anak yang kurang mengerti menyebabkan keadaan siisteri dan ibu tadi
semakin menekan.
Dalam kes-kes lain pula, perbuatan yang tidak disedari oleh suami seperti
memuji kecantikan dan kejelitaan isteri orang lain boleh membuat isteri sendiri
marah dan kecewa , inilah yang dikatakan mood yang terperangkap.
Rasa kecewa yang disebutkan di atas berlaku juga di atas suami yang terpaksa
menghadapi berbagai tekanan dan dugaan di tempat kerja masing-masing, di
samping tekanan menanggung keluarga.
Apabila keadaan suami dan isteri berlaku demikian, hasilnya pasangan itu tidak
mempunyai ghairah untuk menghiburkan antara satu sama lain lalu keadaan yang
kurang menyenangkan berlaku di antara suami dan isteri.
Di dalam cuba menyelesaikan masalah ini, anda sebagai isteri harus sedar bahawa
tiada apa yang salah dengan kelakuan anda dan suami anda, bahkan anda harus
sedar keadaan ini ditanggung bukan oleh anda seorang tapi anda sama-sama
menghadapi masalah ini dengan beribu-ribu orang lain di dunia.
Anda boleh mengatasi masalah ini dengan membuat sesuatu kerja di luar rumah
atau membuat sesuatu yang menggembirakan hati anda.
Penat dan letih lesu yang berpanjangan sering berlaku pada isteri-isteri yang
bekerja dan mempunyai tugas dan kerja rumah yang harus diselesaikan, dan hidup
mereka sentiasa dalam keadaan sibuk dan kelam kabut.
Kepenatannya ini mungkin lebih serius dari apa yang disangkakan, urat saraf
anda menjadi tegang dan segala-galanya menjadi sukar dan lebih berat untuk
ditanggung. Namun begitu secara tidak sedar di dalamnya sentiasa bertanya sama
ada dia benar-benar berlaku adil atau tidak.
Menurut satu kajian yang dijalankan di Australia, kira-kira 60% dari kes-kes
"fatigue" yang kronis berlaku kerana keadaan yang berlaku di dalam
diri sendiri," kata doktor di Sydney.
"Contohnya
ada seorang suri rumah itu yang tiba-tiba menjadi penat kerana melihat timbunan
pakaian kotor yang perlu dicuci."
Kalau anda sering merasa keletihan, cuba teliti diri anda sendiri. Sebahagian
besar dari keluhan mengenai rasa penat, bosan dan tidak bermaya, ini mempunyai
hubungan dengan rasa marah, takut, salah, dan rasa iri hati yang tcrpendam di
dalam lubuk hati anda.
Tanya diri anda sendiri, "Apakah salahnya pada diriku ini?" atau
"Mengapakah aku marah-marah begini, siapa yang aku marahkan?" Cubalah
cari jawapannya dan hadapinya dengan rasa jujur.
Jangan sekali-kali menggunakan pil tidur untuk menyelesaikan masalah anda. Pil
tidur itu hanya akan menimbulkan penyelesaian yang sementara sahaja dan tidak
akan menyelesaikan masalah yang asas malah adakalanya ia mendatangkan bahaya
pada diri anda sendiri.
Malangnya rasa letih dan lesu itu akan berterusan sepanjang hari menyebabkan
anda tidak boleh menumpukan tenaga pada sebarang kerja.
Di dalam berbagai hal di mana keletihan itu disebabkan oleh emosi, tidur atau
rehat tidak akan dapat memulihkan anda
-------------------
ACAI
Mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, C , Antioksida, Phytonutrien dan asid Amino yang hampir sempurna!
|
- Membantu & meransang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & Mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah
- Anti Penuaan dan Radang / Melawan radikal bebas
|
Exfuze terkenal dengan kandungan 7 superfood hebat seperti : seabucktorn, gac, goji, delima, acai, noni, manggis, brown seaweed dan mengkudu. Ditambah dengan faktor plus menjadikan tubuh badan anda kembali sihat dan bertenaga. Cubalah sekarang.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101