Seseorang itu
dikatakan mempunyai darah tinggi apabila tekanan darahnya melebihi 140
mmHg untuk sistolik (tekanan darah atas) dan melebihi 90mmHg untuk
diastolic (tekanan darah bawah).
Pesakit akan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi
jika tekanan itu berterusan untuk selang beberapa kali bacaan dalam
jarak masa yang berbeza. Pradarah tinggi pula dikatakan jika tekanan
sistolik antara 120 hingga 139 mmHg dan tekanan diastolic antara 80
hingga 89 mmHg.
Secara umumnya 90 peratus daripada pesakit darah tinggi
tidak mempunyai punca utama. Ia dipanggil sebagai essential
hypertension. Biasanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dari
kumpulan ini disebabkan faktor usia.
Ia juga
kombinasi kompleks antara faktor genetik dan amalan gaya hidup tidak
sihat. Selebihnya pesakit yang mempunyai darah tinggi disebabkan masalah
perubatan lain seperti buah pinggang, ketidakstabilan hormon, tiroid, masalah saluran darah
ataupun masalah auto immune. Kumpulan ini dikenali sebagai secondary
hypertension Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai
simptom. Mereka hanya dikenal pasti apabila menjalani pemeriksaan
klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema.
Bagaimanapun,
ada juga yang mempunyai simptom seperti sakit kepala, sakit tengkuk,
pening, loya, telinga berdesing dan penglihatan mula kabur. Oleh itu,
tekanan darah tinggi juga dipanggil sebagai ‘bom jangkamasa’ kerana ia
tidak mempunyai simptom walaupun tekanan darah sudah tinggi.
Yang lebih
merisaukan ialah dalam kebanyakan kes, tekanan darah meningkat terlalu
tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi.’ Ketika itulah simptom
dirasai. Ia berlaku jika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik
dan 110 mmHg untuk diastolic. Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin
sudah berlaku.
Antara
komplikasi darah tinggi ialah strok ataupun bengkak dalam otak pesakit.
Ini mengakibatkan seseorang itu mengalami lemah sebelah anggota badan
ataupun gangguan saraf lain.
Jika komplikasi berlaku
dalam mata, pembuluh darah pada retina boleh pecah dan mengakibatkan
gangguan penglihatan. Buah pinggang juga boleh rosak dan gagal berfungsi
menyebabkan seseorang pesakit akan bergantung kepada dialisis sepanjang
hayat. Serangan jantung juga boleh berlaku dan mengakibatkan jantung
gagal berfungsi.
Walaupun diberi
gelaran ‘bom jangka’, ramai yang mengambil ringan tentang pengawalan
tekanan darah. Sikap sambil lewa untuk mengambil ubat seperti diarahkan
dan gagal mengubah gaya hidup sihat menyebabkan komplikasi darah tinggi
berlaku lebih awal dan komplikasi ini kekal serta berpanjangan.
Perubahan gaya
hidup amat penting kepada semua pesakit darah tinggi terutama kepada
mereka dalam kelompok pradarah tinggi. Pergantungan hanya kepada ubat
diberi tidak memadai.
Pengurusan
berat badan amat penting. Semua pesakit dinasihatkan mencapai berat
badan optimum berdasarkan pengiraan indeks jisim badan (BMI).
Pengurangan berat badan sebanyak 4.5 kilogram terbukti dapat
mengurangkan tekanan darah.
Penjagaan
makanan yang kurang garam dalam masakan dan pengambilan diet yang kaya
dengan buah-buahan serta sayuran dapat membantu mengurangkan tekanan
darah. Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman keras juga boleh
membantu mengawal tekanan darah.
Selain itu, senaman juga tidak boleh
dilupakan. Bersenamlah 30 minit sehari sekurang-kurangnya selama lima
hari. Senaman dapat mengendurkan lapisan salur darah dan seterusnya
tekanan dalam salur darah pesakit dapat dikurangkan.
___________
Anda mencari penawar darah tinggi yang berkesan dan selamat ? Benar, Seven Plus keluaran Exfuze adalah selamat dan 100% hanya mengandungi bahan yang tidak memberi kesan sampingan pada tubuh badan anda. Ianya telah diuji dengan kawalan piawaian BSCG yang ketat.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan