Ramai
rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah
TAHUKAH
anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan
pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil
bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan
besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa
yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih
sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat,
keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau menganggap ia
sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing
(incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila
menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat.
Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah
kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
Silap
jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia
lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas
wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara
29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
Apakah
puncanya OAB ini? Ia
disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan
pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda
paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti
kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau
malam untuk kencing.
Bagaimanapun
OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai
contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing
boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala
OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar
urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan
OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan
dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).
“Kekerapan
bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan
menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh.
Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang
air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling
penting dalam membuat penilaian OAB.
“Keadaan
ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa
ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka
terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik
ke tandas.
“Selain
itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering
terbangun malam untuk buang air kecil
Menurutnya,
masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas
berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya,
mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang
menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.
Jelas
Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan
walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu
untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah
sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi
perubatan.
“OAB
adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah
amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik;
melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk
melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.
Jenis
ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin
(Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah
Solifenacin atau Vesicare.
Fakta:
Faktor risiko OAB
Strok
Kecederaan saraf tunjang
Dementia
Penyakit Parkinson
Diabetes
Pembesaran prostat
Pembedahan prostat
Hamil kembar
INFO:
Tip tangani OAB
2.Jauhi minuman kafein.
3. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
4.Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari.
Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
Kekalkan berat badan yang ideal.
_________
Anda ingin mencari penawar
berkesan bagi merawat penyakit OAB ini. Ketahuilah Exfuze Seven Plus adalah
supplement yang bebas dadah dan tanpa bahan kimia serta diluluskan oleh BSCG
USA ( Badan pemakanan Amerika Syarikat ).
Piawaian yang ketat oleh BSCG
ini menjadikan Exfuze Seven Plus 100 % selamat dan semulajadi tanpa pencemaran
makanan. Dengan mengamalkan Exfuze Seven Plus , masalah kerap kencing atau
masalah kencing tidak lawas dapat diatasi dengan baik.
Antara kandungan Exfuze Seven Plus bagi merawat penyakit kerap kencing dan kencing tidak lawas ini adalah pada kekuatan Buah NONI dan buah GAC
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsium dan semua jenis Vitamin
B, Vitamin C dan pelbagai Mineral.
- Membaiki Sistem Pernafasan (Lelah)
-
Menurunkan Paras Gula Dalam Darah dan Membaik pulih Fungsi Pankreas
- Menyalesaikan Masalah Resdung/Alahan
- Membaikpulih dan Membina Sel-sel Tubuh
- Mengeluarkan Toksid/Keracunan Dalam Badan
- Menambah Oksigen Dalam Badan
- Menghancurkan Lemak Dalam Badan
- Menyalesaikan Masalah Resdung/Alahan
- Membaikpulih dan Membina Sel-sel Tubuh
- Mengeluarkan Toksid/Keracunan Dalam Badan
- Menambah Oksigen Dalam Badan
- Menghancurkan Lemak Dalam Badan
Gac
Mengandungi
70 kali ganda lebih Lycopene berbanding tomato, 10 kali ganda lebih Beta
Carotene berbanding lobak merah. Ia melembut dan melicinkan kulit serta
mencerahkan mata- Mencegah Strok, Barah & Jantung
- Mengawal Gula Dalam Darah
- Mencegah Kanser Prostat
- Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan dan Penyakit Alzheimer
- Pengawalan Kolesterol
CALL / SMS
AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan