Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan Promosi Kesihatan Kanak-Kanak yang
bertujuan meningkatkan taraf kesihatan melalui promosi kesihatan yang optimum
dalam penjagaan kesihatan kanak- kanak. Tema yang dipilih bagi kempen ini ialah
"Anak Sihat Tonggak Masa Depan Negara" adalah bertepatan dan
melibatkan seluruh keluarga dan mempunyai komponen-komponen yang memerlukan
tindakan individu serta ahli keluarga.
Ini selaras dengan usaha-usaha yang dibuat
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai objektif Hari Kanak-Kanak
Sedunia yang menekankan "pembangunan, survival dan perlindungan"
kepada kanak-kanak.
Imunisasi
1. Imunisasi melindungi kanak-kanak
daripada lapan penyakit berbahaya iaitu hepatitis B, tibi, difteria, batuk
kokol, tetanus, polio, campak dan rubella. Kanak-kanak yang
diberi imunisasi lebih berkemungkinan dijangkiti penyakit,mati atau
hilang upaya.
2. Imunisasi perlu disegerakan. Semua
imunisasi primer perlu dilengkapkan sebelum kanak-kanak mencapai umur setahun.
Setiap lawatan ke klinik kesihatan atau hospital mesti dimanfaatkan untuk
mendapatkan imunisasi.
3. Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak
yang tidak sihat adalah selamat.
4. Setiap wanita yang berumur antara 15
hingga 44 tahun mesti mendapat imunisasi tetanus yang lengkap.
5. Setiap perempuan di antara 7 hingga 44
tahun perlu diberi imunisasi rubella.
Pertumbuhan Kanak-Kanak
A. Pertambahan berat badan yang teratur
merupakan petunjuk yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun perlu kerap ditimbang bagi
mengawasi pertumbuhan mereka.
B. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk
kanak-kanak bagi empat hingga enam bulan selepas dilahirkan.
C. Apabila mencapai umur empat hingga
enam bulan bayi memerlukan makanan-makanan lain sebagai tambahan kepada susu
ibu.
D. Bayi berumur lebih daripada enam bulan
perlu makan makanan lima hingga enam kali sehari.
E. Semua kanak-kanak memerlukan makanan
yang kaya dengan vitamin dan zat galian.
F. Setiap kali selepas sakit, seseorang
kanak-kanak memerlukan makanan tambahan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang
terganggu kerana penyakit.
Perkembangan Awal Kanak-Kanak
ii.
Bercakap
dengan kanak-kanak akan merangsangkan mereka untuk bercakap lebih.
iii.
Permainan
menggalakkan pembelajaran.
iv.
Aktiviti
harian perlu dimanfaatkan untuk mendidik kemahiran sosial.
v.
Perhatian
konsisten dan sama rata daripada ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
vi.
Pengesanan
kecacatan di peringkat awal akan dapat menentukan tindakan yang awal juga.
vii.
Kemalangan
viii.
Pastikan
rumah dan kawasan sekelilingnya selamat bagi melindungi kanak-kanak
daripada terjatuh dan terluka.
ix.
Kanak-kanak
mesti dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan
elektrik.
x.
Bahan-bahan
beracun dan semua ubat-ubatan harus dijauhkan daripada dicapai oleh
kanak-kanak.
xi.
Kanak-kanak
mesti diajar agar tidak memasukkan sebarang objek kecil ke dalam mulut, telinga
dan hidung.
xii.
Kanak-kanak
tidak boleh ditinggalkan bersendirian di tempat takungan air untuk
mengelakkan kejadian lemas.
xiii.
Kanak-kanak
mesti diawasi semasa di jalan raya atau taman permainan
--------------
Exfuze
Seven Plus amat menekankan kepentingan menjaga kanak-kanak yang merupakan aset negara
di masa hadapan. Berikan mereka keperluan diet yang seimbang dan berkhasiat
seperti minum Exfuze Seven Plus Klasik 2 hari sekali. Memenuhi keseimbangan
fizikal dan jasmani yang optimum.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101