"Makanan Bersih Keluarga Sihat ".
Selaras
dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, sektor industri pemakanan khususnya
premis-premis makanan turut berkembang. Di sebalik pertumbuhan yang sihat
didapati ramai pengusaha premis makanan yang tidak mengamalkan cara-cara
pengendalian makanan yang bersih.
Daripada
sudut pengguna pula, mereka tidak mementingkan aspek ini disebabkan kesibukan
mereka dalam menjalankan tugas harian. Objektif kempen ialah memberikan tumpuan
untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pengendalian makanan yang
bersih dan selamat sama ada di kalangan pengusaha premis mahupun pengguna.
Kebersihan
Dan Keselamatan Makanan
Masyarakat
digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlu bagi menjamin tahap atau
mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat. Masyarakat disarankan
untuk mengamalkan amalan seperti berikut;
- Pilihlah makanan yang selamat.
- Pilihlah bahan makanan mentah yang segar.
- Pilihlah makanan yang telah diproses untuk keselamatan.
- Makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
- Pilihlah makanan yang baru dimasak.
- Pilihlah makanan yang disimpan dengan cara yang betul, bersih dan selamat.
- Pilih premis makanan yang bersih.
- Makanan yang selamat diperoleh daripada premis makanan yang bersih.
- Pilih premis makanan yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang sempurna.
- Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
- Sedia dan kendalikan makanan dengan cara yang betul untuk menghasilkan makanan yang selamat.
- Basuh bahan mentah dengan sempurna di kawasan yang bersih.
- Elakkan pencemaran silang semasa mengendalikan makanan.
- Gunakan peralatan yang bersih semasa menyediakan makanan
- Amalkan tabiat kebersihan diri yang baik semasa mengendalikan makanan.
- Masak makanan dengan sempurna.
- Hidang makanan sebaik sahaja dimasak.
- Amalkan kaedah penyimpanan makanan yang betul.
- Simpan makanan mentah berasingan dengan makanan yang telah dimasak.
- Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan makanan sejuk atau makanan dingin pada suhu dan ruang yang betul dalam peti sejuk sebaik sahaja makanan tersebut dibeli.
- Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan di dalam peti sejuk melebihi 5 hari.
- Simpan makanan kering di dalam bekas yang kedap udara dan simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengaliran udara yang baik serta bebas daripada serangga.
---------------
Exfuze
Seven Plus Klasik juga menyarankan agar para pembaca menitikberatkan kualiti
makanan sama ada dari segi indeks pemakanan dan jenis makanan. Kesihatan
bermula dari apa yang anda makan.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan