Isnin, 30 Mac 2015

Apa kata pakar tentang Exfuze ?

Exfuze seven Plus Klasik telah terbukti merawat pelbagai penyakit kronik . 


Pelbagai testimoni dihimpunkan di blog ini. Lihat dan nilailah sendiri betapa suplement ini merupakan alternatif perubatan yang berkesan dan diperakui ramai pengguna.

 Menangkis serangan penyakit


Produk masa depan


CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Rabu, 25 Mac 2015

Exfuze Seven Plus Bebas Racun




Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ubat tradisional membawa maksud sesuatu produk yang digunakan dalam perubatan asli dengan menggunakan satu atau lebih bahan-bahan semulajadi dari tumbuhan, binatang atau bahan galian dalam bentuk pati ekstrak atau bukan ekstrak, dan rawatan homeopati.


Penggunaan ubat tradisional seringkali menjadi pilihan sebagai salah satu penyembuhan sesuatu penyakit. Namun ramai di kalangan kita yang terlepas pandang dan tidak mengetahui bahawa mana-mana ubat tradisional tidak boleh dicampurkan dengan sebarang racun.


Demi mengaut keuntungan yang tinggi, ada di kalangan pengeluar produk dan penjual yang tidak bertanggungjawab memasukkan racun ke dalam ubat tradisional bagi memberikan kesan segera kepada pengguna.


Racun Yang Sering Dicampurkan

Hasil ujian analisa makmal mendapati antara racun yang kerap dicampurkan ke dalam ubat tradisional adalah:

JENIS RACUN
FUNGSI
Sildenafil, thiodimethylsildenafil, tadalafil
Agen perangsang seks
Sibutramine, phentermine
Agen pelangsingan
Dexamethasone
Anti keradangan
Hydroquinoine
Anti pigmentasi
Tretinoin
Produk akne


Pengguna Harus Bijak


Dakwaan dan maklumat yang dinyatakan pada label ubat tradisional perlu diambil kira sebelum membeli sesuatu produk terutama bagi dakwaan perubatan yang berlebih-lebihan. Pengguna harus lebih bijak dan peka serta harus curiga jika sesuatu produk mampu memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Pada awal penggunaannya ia mungkin memberikan kesan yang positif tetapi kemudian memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Rasional Larangan Mencampurkan Racun Ke Dalam Ubat Tradisional

Menyedari racun-racun ini memudaratkan masyarakat, ia diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan hanya dibenarkan dengan pengawasan doktor sahaja. Kandungan bahan-bahan racun yang tidak terkawal di dalam ubat tradisional boleh memberikan kesan sampingan seperti berikut:


JENIS RACUN
KESAN SAMPINGAN
Sildenafil, thiodimethylsildenafil, tadalafil
Kegagalan fungsi jantung, sawan, syncope
Sibutramine
Serangan jantung,pendarahan usus, mania atau gila
Dexamethasone
Simptom ‘moon face’, tekanan darah tinggi, halusinasi, diabetis mellitus, sentral obesiti
Hydroquinoine
Radang kulit, kulit pedih dan seolah-olah terbakar, sangat sensitif kepada cahaya
Tretinoin
Kulit menggelupas dan keradangan, sangat sensitif kepada cahaya
(Drug Information Handbook 12th Edition)


Perlu diingat bahawa hampir kesemua ubat tradisional yang dicemari racun ini adalah produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini bermaksud produk-produk ini tidak melalui ujian penting seperti ujian kualiti dan keselamatan terutama ujian saringan logam berat.



Menurut Agensi Pelindungan Alam Sekitar (Environmental Protection Agency, EPA) pendedahan jangka masa panjang kepada logam berat seperti merkuri, plumbum, arsenik dan cadmium boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, otak dan kegagalan buah pinggang. Bagi wanita hamil pula ia boleh mengakibatkan keguguran bayi atau kecacatan janin.


Rampasan Ubat

Penguatkuasaan Farmasi secara aktif sentiasa memantau penjualan ubat tradisional yang disyaki dicemari racun dari masa ke semasa. Risikan yang melibatkan ujian analisa makmal dilakukan bagi memastikan siasatan lebih tepat dan terperinci sebelum sebarang operasi rampasan dilakukan. Sejak 2010 sehingga 2013, sebanyak 6553 jumlah rampasan telah dilakukan di seluruh negara yang bernilai RM 18, 188 290.


Penjual boleh disabitkan sebagai melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30(1), Peraturan yang sama. Hukuman denda akan dikenakan tidak melebihi RM25000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan kedua, pesalah boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM 50000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.


Secara keseluruhannya, para pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan ubat-ubat trasional yang disyaki dicemari racun ini. Rujuklah doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih tepat agar kesihatan lebih terjamin. Para penjual dan pengeluar juga perlu mempunyai sikap lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu produk yang dipasarkan dan tidak terlalu taksub terhadap keuntungan sehingga mengabaikan nyawa pembeli.


Tips Dan Panduan Menggunakan Ubat Tradisional

ü  Pastikan ubat tradisional yang hendak dibeli adalah ubat yang berdaftar. Nombor pendaftaran seharusnya mempunyai huruf T dihujung lapan digit nombor. Contoh: MAL 12345678 T. Semak semula nombor pendaftaran di www.bpfk.gov.my pada bahagian ‘Product Search’ dengan memasukkan nombor pendaftaran tersebut. Sekiranya maklumat pada label ubat adalah sama dan menepati hasil carian maka produk tersebut adalah selamat digunakan.


ü  Pastikan terdapat pelekat berwarna perak atau hologram pada ubat tradisional tersebut. Sila rujuk ahli farmasi untuk mengesahkan ketulenan hologram tersebut dengan menggunakan dekoder meditag.

ü  Sebelum mengambil ubat tradisional, berbincanglah dan dapatkan nasihat doktor.

ü  Teruskan pengambilan ubat moden yang dibekalkan oleh klinik atau hospital. Jangan berhenti menggunakan ubat moden melainkan diarah oleh doktor.

ü  Beritahu doktor atau ahli farmasi sekiranya anda sedang mengambil ubat tradisional di samping ubat moden sekiranya anda sedang mendapatkan rawatan bagi mengelakkan interaksi antara ubat.

ü  Elakkan pengambilan ubat tradisional bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusu bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada janin dan bayi.

--------------------


Exfuze bebas dadah. KKM telah mengklasifikasikan Exfuze Seven Plus Classic sebagai bukan ubat dan tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah PBKD.

Produk Exfuze Seven Plus Classic adalah halal, disahkan oleh ISA (Islamic Services od America) yang diiktiraf oleh JAKIM.

Syarikat Exfuze juga berdaftar dengan AJL dan beroperasi secara sah.



CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
 

Jumaat, 20 Mac 2015

Selamatkah Makanan Tambahan anda ? Exfuze tentunya Selamat !


Awasi Produk Makanan Kesihatan Tambahan yang Dicampur Bahan Terlarang 



Produk makanan kesihatan tambahan terdiri daripada makanan atau minuman kesihatan dan vitamin untuk membantu dalam pertumbuhan sel-sel, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Ia juga berperanan sebagai tambahan kepada diet dalam memberikan nutrien, seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino, yang mungkin hilang atau tidak diambil dalam dikuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang.


Produk makanan dan minuman kesihatan tambahan tidak dikawal oleh Akta Racun 1952. Ia tertakluk di bawah bidang kuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan memantau dan mengambil tindakan terhadap kesalahan jika berkaitan dengan akta yang mereka kuatkuasakan. 


Walaubagaimanapun, sekiranya makanan dan minuman kesihatan tersebut dikenalpasti dicampur dengan bahan yang tertakluk di bawah Akta Racun 1952, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementarian Kesihatan Malaysia akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas syarikat pengeluar dan pengimport produk tersebut.


Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati kewujudan pelbagai produk melangsingkan badan yang menyamar sebagai produk makanan kesihatan tambahan tetapi mempunyai tuntutan kesihatan yang melampau. Sesuatu produk makanan adalah tidak dibenarkan mempunyai sebarang tuntutan perubatan seperti boleh menguruskan badan dan berupaya untuk meningkatkan keupayaan seks bagi kaum lelaki. Contoh agen pelangsingan badan yang sering dicampur adalah Sibutramine manakala bagi meningkatkan keupayaan seks bahan yang sering dicampur adalah Sildenafil, Tadalafil dan analognya.


Pada awalnya produk mengandungi Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun sejak tahun 2010 penggunaan Sibutramine telah diharamkan di Malaysia dan beberapa negara lain kerana terdapat peningkatan risiko serangan jantung dan strok, terutamanya di kalangan pengguna yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular.


 Antara kesan lain penggunaannya adalah masalah gangguan tidur, tekanan perasaan, sawan serta boleh merosakkan hati dan buah pinggang. Walaupun penggunaan Sibutramine ini telah diharamkan dan tiada lagi produk berdaftar yang mengandungi Sibutramine di pasaran, namun kini ianya muncul semula dalam produk-produk tradisional dan produk makanan kesihatan tambahan. Keadaan ini adalah membimbangkan kerana pengguna sukar untuk mengetahui kandungannya yang sebenar kerana kandungannya tidak dilabelkan.



Bagi Sildenafil, Tadalafil dan analognya pula, bahan-bahan ini hanya diboleh digunakan semasa mendapat rawatan daripada doktor perubatan sahaja kerana ianya berisiko tinggi menyebabkan kematian mengejut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Di Malaysia, penggunaan Sildenafil dan analognya biasanya digunakan dalam rawatan mati pucuk (‘impotent”) untuk kaum lelaki tetapi kini penggunaanya telah disalahgunakan untuk mencapai kepuasan seks yang melampau.


Pengguna dinasihatkan supaya berhenti atau tidak mengambil produk tersebut kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers seperti tekanan darah rendah di mana pengguna akan merasa pening hingga hampir pitam. Kombinasi dengan bahan nitrat yang terdapat di dalam produk/ubat yang lain boleh menyebabkan serangan jantung dan mati mengejut. Oleh itu, adalah sangat berbahaya sekiranya produk ini digunakan oleh pengguna tanpa sebarang pengawasan.


Masyarakat pada hari ini mungkin merasa keliru kerana banyak pihak cuba mengambil jalan mudah bagi melariskan jualan dengan membuat pelbagai tuntutan perubatan walaupun produk mereka tidak dikelaskan sebagai ubatan. Sebagai contoh, pengeluar produk makanan kesihatan berlumba-lumba memberi kenyataan bahawa produk mereka berfungsi seperti ‘suplemen atau makanan kesihatan’ dan mempunyai pelbagai kesan terapeutik walaupun tiada kajian khusus dijalankan ke atas produk berkenaan. Ini dilakukan dengan mengambil kesempatan ke atas kesedaran orang ramai yang semakin menitikberatkan penjagaan kesihatan.


Pengguna adalah dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang tepat mengenai ubat-ubatan atau produk kesihatan tambahan dari ahli farmasi atau dari pengamal perubatan di premis farmasi atau klinik. Ini kerana kekeliruan boleh berlaku apabila rupa bentuk produk atau tuntutan perubatan yang dibuat seolah-olah seperti ubat namun ianya adalah makanan kesihatan tambahan. Bagi produk makanan dan minuman tambahan, periksa label kandungannya terlebih dahulu sebelum membeli.


--------------------


Tiada keraguan dengan Exfuze Seven Plus Klasik. Ianya makanan tambahan yang diperakui BEBAS DADAH dan 100% semulajadi. Apakah kekuatan produk kami ? Terima kasih pada kandungan buah mengkudu, seabuckthorn, fucoidan, gac, acai, goji dan manggis. Selain itu kami juga ditambah nilai dengan wujudnya elemen factor plus iaitu buah delima, bluberi liar, ekstrak biii anggur, aloe vera dan anggur concord.


CALL / SMS AZIZ : 010 7890101

Ahad, 15 Mac 2015

Exfuze Seven Plus Klasik itu HALAL !



Ubat Halal & Ubat Haram (Perspektif Islam) 


Pengenalan

Islam sangat mementingkan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan umatnya. Justeru, dalam aspek kesihatan umat Islam diperintahkan supaya menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping menyuruh umat manusia berikhtiar mencari ubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit.


Tubuh badan yang sihat akan melahirkan akal yang cerdas dan bijak, dengan tubuh badan yang sihat juga kita lebih mudah dan selesa untuk melakukan ibadah dan urusan harian. Hakikatnya, umat Islam wajib memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.


Namun, dalam keghairahan kita untuk menjaga kesihatan dan mencari ubat bagi merawat sesuatu penyakit, persoalan halal dan haram tetap perlu dijaga dan diambil berat. Mencari dan memilih ubat yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam dan meninggalkan yang haram juga merupakan suatu kewajipan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam” hadis riwayat al-Baihaqi.


Antara isu halal dan haram dalam perubatan yang menjadi topik perbincangan hangat sehingga hari ini ialah persoalan mengenai ubat-ubatan yang mengandungi unsur-unsur najis atau haram seperti alkohol, dadah, bahan-bahan dari khinzir, lembu dan seumpamanya. Pengguna di Malaysia terutamanya pengguna Islam sangat prihatin dengan isu-isu ini kerana ia melibatkan persoalan halal dan haram iaitu perkara asas dalam kehidupan beragama dan perlu diambil berat oleh setiap individu muslim.


Definisi dan Konsep Halal Haram dalam Islam

Perkataan Halal berasal daripada bahasa Arab yang ringkasnya bermaksud dibenarkan atau tidak dilarang pengambilannya dalam Islam. Menurut al-Quran, semua makanan yang baik dan bersih adalah halal. Oleh itu, hampir semua sumber makanan dari tumbuhan dan haiwan halal kecuali yang diharamkan pengambilannya.


Haram bermaksud tidak dibenarkan atau dilarang pengambilannya dalam Islam. Antara makanan yang diharamkan dalam Islam termasuklah bangkai, darah dan khinzir, benda-benda yang memabukkan dan sebagainya. Selain itu, sebarang produk yang dicemari sumber haram juga diharamkan pengambilannya.


Ubat ialah bahan yang digunakan untuk meringankan. merawat, menyembuh atau mencegah penyakit serta meningkatkan taraf kesihatan. Ubat boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan diambil dengan bermacam cara. Sekiranya ubat diguna seperti diarahkan, inysa-Allah ia dapat merawat atau mengawal penyakit.


Ubat-ubatan yang halal mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Tidak mengandungi bahan daripada haiwan yang tidak halal atau tidak disembelih mengikut syarak.
  2. Tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
  3. Selamat untuk diambil, tidak beracun, tidak merosakkan atau memabukkan dan tidak membahayakan kesihatan.
  4. Tidak disedia, diproses atau dihasilkan menggunakan peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak.
  5. Tidak mengandungi apa-apa bahagian tubuh manusia atau hasil daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.
Prinsip Umum Islam Terhadap Perubatan dan Rawatan Penyakit


Islam ialah agama yang lengkap dan sempurna. Allah telah menetapkan dasar-dasar hukum dalam setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia sama ada berkaitan akidah, ibadah, sistem kehidupan, undang-undang, kesihatan dan lain-lain.


Sebagai agama yang lengkap dan sempurna, Islam memelihara dan menyelesaikan permasalahan dan keperluan manusia yang boleh dibahagikan kepada 5 prinsip utama iaitu Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta Benda.

Umat Islam wajib menjaga lima prinsip utama syariah Islam ini dengan dua cara iaitu pertama dengan melaksanakan atau menegakkannya dan kedua dengan memastikan ia terus berkekalan. Kita menegakkan Agama dengan melaksanakan lima rukun Islam yang sudah diketahui umum.


Nyawa termasuk kesihatan tubuh badan adalah hak Allah yang perlu dijaga dan dilindungi dari sebarang ancaman penyakit, pembunuhan dan sebagainya. Jika kita ditimpa penyakit, Allah memerintahkan supaya kita berusaha mencari ubatnya dan memohon kesembuhan dari Allah.


Kita diwajibkan untuk menjaga Akal dengan mencari ilmu disamping menjauhi perkara haram yang boleh memabukkan dan merosakkan akal. Dalam aspek Keturunan, Islam menjaganya dengan mengizinkan perkahwinan supaya keturunan dapat diteruskan di samping melindungi keturunan dengan mengharamkan zina dan pergaulan bebas yang akan merosakkan keturunan manusia.


Islam melindungi prinsip yang kelima iaitu Harta Benda dengan memerintahkan manusia berusaha mencari harta melalui jalan yang halal dan memelihara masyarakat daripada penindasan dan kezalilman dengan mengharamkan penipuan, riba, rompakan dan sebagainya.


Keperluan Merawat Penyakit Menurut Syarak

Islam sangat mengambil berat dalam aspek penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit. Umat Islam disuruh menjaga tubuh badan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berikhtiar mengubat apabila dijangkiti penyakit. Ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawarnya, dan Dia telah menjadikan bagi setiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan benda-benda yang haram” Hadis riwayat Abi Darda r.a.


Ringkasnya, hukum berubat ada dua iaitu wajib dan harus. Bagi orang awam, hukumnya harus iaitu ketika ia masih dapat menanggung kesakitan, dapat bersabar ataupun penyakit itu belum teruk.


Keperluan berubat menjadi wajib ke atas umat Islam yang tidak mampu menanggung kesakitan yang dialaminya ataupun penyakit itu boleh mengancam nyawanya.


Oleh sebab itu, umat Islam mempunyai pilihan sama ada hendak berusaha mengubati penyakit ataupun bersabar menanggung kesakitan yang merupakan ujian Allah.


Walaubagaimanapun, hukum berubat ini boleh berubah menjadi haram apabila pesakit itu beriktikad yang kuasa menyembuhkan penyakit adalah daripada ubat yang digunakan sedangkan hakikat penyembuhan adalah kuasa Allah. Begitu juga sekiranya pesakit berubat dengan benda-benda yang diharamkan dan dilarang oleh syarak.


Penggunaan Ubat Sewaktu Darurat

Hukum-hakam Islam mempunyai ketetapan (azimah) dan kelonggaran (rukhsah). Hukum azimah ialah hukum asal yang ditetapkan oleh Allah. Contohnya, hukum pengharaman arak dan khinzir serta kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan. Rukhsah ialah kelonggaran yang boleh digunakan dalam keadaan tertentu.


Sebagai contoh, pada saat kecemasan atau darurat, harus berbuka puasa Ramadan ketika sakit dan dibolehkan memakan daging khinzir semasa kebuluran dan tiada pilihan makanan lain. Umat Islam wajib berpegang dengan hukum-hakam azimah melainkan apabila wujud keadaan darurat yang membolehkan kelonggaran.


Darurat secara ringkasnya bermaksud suatu keadaan di mana seseorang itu berhadapan dengan situasi yang melibatkan keselamatan nyawa ataupun harta bendanya.


Secara terperinci, Wahbah al-Zuhaili, profesor dalam bidang perundangan Islam di Universiti Damsyik telah memberikan takrifan darurat yang lebih jelas iaitu

“Darurat ialah berlaku ke atas seseorang satu keadaan yang berbahaya, atau kesusahan yang sangat berat, yang mana dibimbangi berlakunya kemudaratan atau kesakitan terhadap jiwa, anggota, maruah, akal atau harta dan segala yang berkaitan dengannya. Pada masa itu, boleh atau diharuskan melakukan yang haram atau meninggalkan yang wajib atau melewatkan daripada waktunya, demi untuk menolak kemudaratan daripada berlaku mengikut pertimbangan dalam ruang lingkup peraturan syara”.


Dr Yusuf al-Qardawi pula di dalam buku tulisannya “Halal dan Haram Dalam Islam” menekankan dan mengingatkan umat Islam agar tidak mempermudah-mudahkan kelonggaran yang diberi oleh syarak atas alasan darurat.


Dalam memutuskan keharusan penggunaan ubat yang mengandungi bahan haram, syarat-syarat untuk memastikan bahawa keperluan tersebut adalah benar-benar darurat perlu dipenuhi. Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama dan digunapakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ialah:


  • Darurat itu benar-benar berlaku dan bukan sesuatu yang tidak pasti. Dalam erti kata lain telah berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudaratan pada lima prinsip asas (agama, nyawa, akal, keturunan dan harta) ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman atau pengetahuan. 
  • Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syara’, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara yang ditegah atau diharamkan.
  • Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit.
  • Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.
  • Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah disyorkan, dipastikan dan diperakui oleh seorang doktor atau pengamal perubatan muslim yang adil, diyakini amalan dan pegangan agamanya serta mempunyai pengetahun dalam bidang tersebut.


Apa Yang Pengguna Perlu Tahu Tentang Farmaseutikal Halal

Allah memerintahkan kita untuk mengambil makanan yang bukan sahaja halal, tetapi juga baik ataupun dalam istilahnya disebut Halalan Thoyyiban agar tidak membahayakan tubuh badan kita. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi memainkan peranan dengan memastikan ubat-ubatan di Malaysia adalah berdaftar dengan KKM.


 Produk farmaseutikal berdaftar ini telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti manakala produk tradisional berdaftar pula dinilai dari aspek keselamatan dan kualitinya dengan tujuan utama untuk melindungi kesihatan kita. Ini bertepatan dengan konsep Thoyyiban.


Selain itu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) juga mewajibkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk mengisytiharkan sekiranya produk-produk mereka mengandungi bahan-bahan dari unsur haiwan dengan meletakkan label yang menyatakan bahawa produk ini mengandungi bahan daripada sumber haiwan seperti unsur lembu (bovine), khinzir (porcine) dan sebagainya. Terdapat bahan mentah seperti magnesium stearate, gliserin atau gelatin yang boleh diperolehi dari sumber haiwan.


Pelabelan ini adalah untuk membantu pengguna khususnya pengguna beragama Islam, Hindu, golongan vegetarian dan pengguna yang mempunyai alahan tertentu untuk mengelakkan dari menggunakan produk berkenaan. Selain itu, jika tiada pilihan lain dan ubat yang mengandungi bahan haiwan terpaksa digunakan untuk merawat pesakit, pihak hospital akan mendapatkan persetujuan daripada pesakit terlebih dahulu sebelum memberikan ubat tersebut.


Dalam konteks farmaseutikal halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan badan autoriti yang diberi kuasa di Malaysia. Pihak JAKIM telah memainkan peranan yang besar dengan memperkenalkan persijilan halal untuk produk farmaseutikal berdasarkan standard Farmaseutikal Halal pertama di dunia iaitu MS2424: 2012.


Selaras dengan itu, bermula pada tahun 2013, pihak PBKD telah membenarkan penggunaan logo halal bagi produk-produk farmaseutikal berdaftar kategori produk bukan racun (Over-The-Counter, OTC) seperti supplemen kesihatan dan ubat-ubatan yang tidak memerlukan preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi. Tetapi hanya logo Halal yang diperakui dan dikeluarkan oleh JAKIM atau dari Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM yang boleh diterima pakai.


Penggunaan logo halal bagi produk-produk farmaseutikal ini adalah secara voluntari dan sekiranya tiada logo halal adalah tidak wajar sesuatu produk itu terus dianggap haram untuk digunakan. Pengguna berhak untuk mendapat maklumat dan boleh bertanya kepada pegawai-pegawai farmasi di hospital sekiranya terdapat sebarang keraguan.

--------------------




Tiada keraguan dengan Exfuze Seven Plus Klasik. Ianya disahkan HALAL oleh Badan Islam Amerika Syarikat yang mana turut diakui JAKIM Malaysia. Halalan Toyyiban. Mencari yang halal itu fardhu. Tidak hairanlah mengapa Seven Plus Klasik sungguh efektif dan berkesan.

CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
disahkan halal

TERBUKTI


Orac Value Exfuze

Now the next question I get allot is, ok but what is the ORAC value of brand X drink? So I did some research on the ORAC value of the popular drinks.

The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition

Picture

ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
. EXFUZE ORAC
=50,000 equivalents per liter
Young Berry Juice ORAC =32,750 equivalents per liter
Mona Vie Juice ORAC =18,500 equivalents per liter
Xango Juice ORAC =13,750 equivalents per liter
EB Tahitian Noni Juice ORAC =12,500 equivalents per liter
Himalayan Goji Juice ORAC =10,000 equivalents
Silver Sea ORAC =2,000 equivalents per liter

Report From
Orac Value Exfuze
The ORAC value of eXfuze is 50,000 per liter bottle. Thats pretty impressive isn't it. eXfuze accomplishes this by being a mulit botanical therefore providing a full spectrum of nutrition. The name eXfuze originated from the process of creating Seven+. The "eX" represents the extracts that are taken from each botanical, ensuring that only the most nutrition-rich parts are used.
"Fuze" designates the "fuzing" of all of the ingredients into a formula that is nutrition dense and second to none.
Another point that sold me was that there is no bezoate as a preservative, no sugar added, no sodium. This translates into using a natural vegetable preservative that is cold pressed to give you the highest amount of nutrition.

Kekuatan Seven +





eXfuze Seven – Ingredients

Picture
GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbandiung tomato, 10 kali ganda lebixh Beta Carotene berbanding lobak merah, ia melembut dan melincinkan kulit serta mencerahkan mata.

- Mencegah Strok, Barah, janung
- Mengawal gula zdalam darah
- Pencegahan kanser prostat.
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimenr
- Pengawalan kolesterol



Picture
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsum, semua jenis Vitamin B, Vitamin C, dan Pelbagai Mineral.

- Membaiki sistem pernafasan (lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikipulih fungsi Pankreas.
- Menyelesaikan masalah resdung / alahan
- Membaikpulih dan membina asel-sel tumbuh
- Mengeluarkan toksid / keracunan dalam badan
- Menambah Oksigen dalam badan.

Picture
Goji
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenisb Mineral, Vitamin C, B dan Kompleks E.

- Memusnahkan Radiakal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolaesterol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko (cataracts)


Picture
Mangosteen
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi !.

Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf.

- Mencegah batu Karang & Buah pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi


Picture
Seabuckthorn
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7, & 9 serta kandungan Anti-Oksizda dan Flavanoid yang teramat tinggi.

- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan inflamasi kulit
- Tingkatkan pemnyebuhan luka kulit
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism, sakit pinggang
- Menbantu sistem penghadaman

Picture Acai
Mangandungi Vitamin A, B1, B2, & B3. Juga Vitamin C, Antioksida, Phytonurtrien dan Asid Amino yang hampir sempurna !.

- Membantu & Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti.
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & Stamina
- Menurunkan tekanan darah.
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.

Picture
Brown Seaweed
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu ibu. Ia dapat menyokong imun sesaorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat.
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan

Picture
WATER of Life
(Functionnal Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua " Superfood " yang terhebat ini. exfuze stelah menggunakan Air ' Functional ' yang tulen didalam SEVEN+ Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yan g sehat. Dengan nilai PH yang lebih tingg. ia amat mudah diserap ke dalam badan.