Pengenalan
Gejala asma biasanya datang dan
hilang mengikut tahap asma yang dihadapi dan bergantung kepada pendedahan
kepada faktor pencetus. Sebaiknya semua pesakit asma mesti mempunyai pelan
tindakan asma yang disarankan oleh doktor.
Semua pesakit asma seharusnya
berupaya mengurus serangan asma ringan yang dihadapi mengikut pelan tindakan
asma yang sedia ada. Mereka mestilah faham dan mematuhi pelan tindakan asma
mereka.
Serangan asma akan menjadi lebih
kerap jika asma tidak dirawat dengan betul. Tahap serangan asma bermula dari
ringan hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Perubahan keterukan serangan
asma boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau hari dan ia juga boleh berlaku
secara tiba-tiba.
Kematian boleh berlaku dalam
serangan asma yang teruk, jika rawatan yang sepatutnya tidak diberikan.
Apakah
itu Serangan Asma?
Serangan asma adalah satu keadaan
yang berlaku dengan pantas yang menyebabkan sesak nafas, batuk, nafas berbunyi,
dada merasa ketat atau gabungan semua gejala di atas. Gejala masalah sesak
nafas menjadi bertambah teruk semasa serangan asma.
Apakah
tanda dan gejala serangan asma?
Gejala asma boleh menjadi bertambah
teruk dengan cepat. Gejala ini adalah berbeza antara satu sama lain. Semasa
serangan asma, tanda dan gejala adalah termasuk:
- Batuk dengan atau tanpa selesema.
- Berkahak.
- Bernafas dengan cepat.
- Rasa ketat di dada.
- Nafas berbunyi.
Tanda
amaran:
- Batuk tanpa henti.
- Nafas berbunyi yang teruk.
- Sesak nafas yang teruk.
- Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
- Tidur yang tidak nyenyak.
- Sakit dada.
- Kulit menjadi pucat.
- Tahap kesedaran menurun.
- Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.
Bacaan peak flow adalah
berguna bagi mengetahui tahap asma yang menyerang untuk kanak-kanak yang boleh
melakukannya.
Apa
yang patut anda lakukan semasa serangan asma?
- Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi.
- Dudukkan anak secara menegak dan tenangkannya.
- Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda (4-6 puffs).
- Untuk serangan yang tidak teruk, beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung kepada gejalanya.
- Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
- Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan.
Bagaimana
mencegah serangan asma?
- Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.
- Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
- Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
- Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam.
- Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor bagi kanak-kanak yang boleh melakukannya.
- Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan.
Apakah
komplikasi asma?
- Kematian.
- Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan.
…………..
Serangan asma jangan dipandang mudah,
kecuaian menangani masalah asma boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk.
Berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat perubatan yang sesuai. Inginkan
kesihatan optimum bagi penghidap asma ? Exfuze Seven Plus Klasik adalah solusi
tepat bagi mencegah serangan asma terjadi kembali.
Cubalah sebotol hari ini dan rasai
keunikannya.
CALL / SMS AZIZ : 010
7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan