Jangan dipandang remeh. Tikus menyebarkan penyakit jangkitan kuman !
Allahyarham Izwan Pilus Din Beramboi adalah selebriti tanah air
meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau
leptospirosis. Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku. Tetapi
hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk
negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kecil kena
air kencing dia pun kita dah boleh kritikal. Apa itu kencing tikus? Apa
faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegahan?
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit
disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika
tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada
mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini,
banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar
atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit,
tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara
umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan
liar lain seperti rakun dan serigala.
- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Pencegahan:
- Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
- Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
- Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
- Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
- Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
- Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
- Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
______________
Hanya di Azizshoppe.. Kami menemui satu lagi kisah kejayaan pesakit kencing tikus yang beransur pulih. Alhamdulillah. Exfuze Seven Plus Klasik terbukti Efektif !!! Dapatkan segera.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
2 ulasan:
assalam.....kum, boleh tolong bagi tau harganya untuk sebotol?
waalaimussalam sanman,
sebotol bukan ahli termasuk pos RM195
nak jimat ambil 2 botol RM371 termasuk pos.pembelian ulangan cuma RM154 sahaja sebotol. jika berminat sila tinggalkan SMS kepada saya aziz 0107890101.
Catat Ulasan