Cuba tekup tangan di depan mulut dan hembus.
Sedarkah anda dengan bau nafas yang kurang menyenangkan? Atau mungkin anda
boleh mencuba bertanya insan paling rapat sama ada nafas anda berbau
untuk mendapatkan jawapan yang jujur.
Sememangnya masalah nafas berbau sukar ditepis
ketika berpuasa. Pasti ramai yang ingin tahu mengapa ia berlaku sedangkan kita
tidak makan dan sudah memberus gigi sejurus selepas bersahur pagi tadi.
Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan Iheal, Dr.
Nazli Haffiz berkata, masalah nafas berbau atau halitosis merupakan perkara
biasa bagi mereka yang berpuasa disebabkan beberapa punca.
“Punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan
keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak
dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang
menghasilkan bau,” kata beliau.
Selain itu katanya, makanan yang kita ambil seperti
bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya turut menyumbang
kepada masalah itu. Lain-lain punca adalah penyakit di saluran respiratori,
masalah dalam perut, diabetis, jangkitan sinus, penyakit hati dan buah
pinggang.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, masalah
nafas berbau menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur
kurang dihasilkan kerana kita tidak makan. Menurutnya, air liur adalah bahan
pembilas mulut semulajadi.
“Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan
ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin
gigi. Semasa tidur, rembesan air liur juga kurang. Sebab itu kita mendapat bau
mulut yang kurang enak apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan
air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut,
menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di
dalam mulut,” katanya.
Cara
mengurangkan nafas berbau:
1. Berus gigi, lidah dan gusi.
Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana
bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus
sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas
berbau plaing ideal.
Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di
celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza
antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia
bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam
bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga
tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.
2. Elak mengambil makanan berbau
Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang,
bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas
menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan
sebagainya.
3. Kurang bercakap
“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan
supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik.
Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,”
kata Dr. Nazli.
Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak
makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.
4. Berjumpa doktor
Masalah nafas berbau yang berlaku walaupun gigi
sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin berpunca daripada masalah pada gigi
atau gusi. Sila berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya.
___________
Salah satu kandungan Exfuze Seven Plus Klasik adalah buah NONI. Buah ini berupaya melancarkan sistem pernafasan dan paru-paru. Inilah keajaiban Exfuze Seven Plus Klasik.
Bagaimana buah noni berfungsi membantu manusia.
Noni
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsium, semua jenis Vitamin B, Vitamin C dan
pelbagai Mineral
- Membaiki sistem penafasan
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikpulih fungsi Pankreas
- Menyelesaikan masalah resdung/alahan
- Membaikpulih dan membina sel-sel tubuh
- Mengeluarkan toksid/ keracunan dalam badan
- Menambahkan Oksigen dalam badan
- Menghancurkan lemak dalam badan
- Meningkatkan sistem penghadaman dan daya tahan badan
CALL /SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan