Bagaimanakah
anda menilai sesuatu hidangan itu dikatakan makanan yang sihat dan berkualiti
atau kurang sihat? Masih ramai lagi yang sukar untuk mengenalpasti dan
menentukan samada adakah makanan yang anda nikmati sihat atau tidak. Ianya
adalah subjektif untuk dikatakan kerana nutrisi sesuatu hidangan itu tidak
bergantung kepada satu bahan semata-mata dan cara hidangan tersebut.
Banyak
soalan yang saya terima menanyakan samada hidangan tersebut sihat berkualiti
atau tidak? Ianya haruslah berdasarkan kumpulan nutrisi yang anda ambil samada
mengikut pemakanan seimbang atau tidak. Artikel kali ini akan membincangkan
berkenaan 10 makanan yang dikatakan tidak sihat dan kurang enak sebenarnya
sihat dan yang paling penting dapat menyumbangkan keperluan nutrisi didalam
badan anda.
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar.. akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya.
Pengambilan
produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati
ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi
dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat semulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya.
Harus
ditekankan disini, kopi adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan
pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula
berlebihan dan tidak mencampurkannya ia dengan susu pekat manis. Amalkan
meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak
kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan
dan fungsi kognitif umum.
Selain
daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan merangsang sistem
saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga
dapat meningkatkan jangka hayat anda.
Kopi
adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga
kualiti minuman tersebut dimana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak
mencampurkannya ia dengan susu pekat manis.
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini.
Buah
yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yang
tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari
mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan nilai
seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6, dan folat. Ia juga tinggi
dengan potassium dimana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan
darah.
Bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.
Selain
daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan
Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan
jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati
menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang mengatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.
Sebenarnya,
samada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan
yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di
Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko
strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk
fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak
protein dan enzim.
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi-lagi dikalangan masyarakat kaum India. Sesetangah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.
Dari
segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan
ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K.
Kandungan yang terdapat didalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik
conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.
Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.
Hati
lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12, dan vitamin
A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya Ia adalah
sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan,
dan mengoptimumkan sistem imun anda.
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
Jika
anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik
(GI).Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yg
telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang
adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas, dan
apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda untuk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat.
Selain
daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu
ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin
anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses
pengurangan berat badan.
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari penambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.
Bahan
utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia
merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan
peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Oleh itu, untuk
mendapatkan dan mengelakkan dari pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz
adalah sos yang kurang menggunakan HFCS.
Selain
daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengandungi
kandungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali
lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna untuk merawat penyakit
kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon, dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.
Sumber : Kevinzahri.com
-------------
Dapatkan Kebaikan pelbagai vitamin dan zat galian sempurna dengan hanya sebotol Exfuze Seven Plus Klasik. Terbukti efektif merawat pelbagai komplikasi penyakit dan melindungi sel badan dari kerosakan.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan