GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat.
Maka
tidak hairanlah jika masalah obesiti atau lebihan berat badan banyak melibatkan
remaja dan anak-anak moden terutamanya yang hidup di bandar-bandar besar. Bukan
sahaja anak-anak, malah orang dewasa juga kurang melakukan senaman rutin.
Meskipun sudah hampir lewat malam atau sudah awal pagi masih berada di kedai
makan lagi. Sedangkan esok perlu bangun awal dan bekerja. Akhirnya,
produktiviti kerja menurun dan kualiti hidup terjejas.
Usia
yang panjang itu boleh didoa dan diusahakan. Cuba fikirkan apakah penyebab
kepada kematian? Memanglah jawapannya takdir dan ketentuan Allah. Tetapi dalam
masa yang sama manusia boleh berdoa untuk meminta dipanjangkan usia. Kalau
diperhatikan penyebab utama kepada kematian adalah kemalangan, pembunuhan
(termasuk bunuh diri), penyakit kronik (termasuk jantung) dan usia tua.
Ini
bermakna mati itu pada kebiasaannya bersebab. Oleh itu jika kita meminta
panjang umur tetapi dalam masa sama tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan
sengaja mendedahkan diri pada aktiviti berisiko seperti memandu laju dan cuai,
maka kemungkinan doa kita untuk panjang umur tidak dimakbulkan oleh Allah.
Kerana setiap doa itu perlu diiringi dengan usaha.
Rahsia
kepada usia panjang dan bahagia adalah kehidupan yang seimbang. Terdapat empat
perkara yang utama dan perlu diberikan perhatian jika mahu hidup lebih lama dan
bahagia.
1.
Fikir sebelum makan
Ada
orang kata makanan sayang mahu dibuang sebab itu adalah rezeki. Betul, tapi
mereka lupa kesihatan tubuh badan juga adalah satu rezeki. Kalau sudah tahu
tidak mahu membazir, usah ambil makanan terlalu banyak. Kalau diberikan oleh
orang kepada kita, agih-agihkanlah pula kepada orang lain agar tidak membazir.
Fikirkan juga sama ada apa yang dimakan itu berkhasiat atau tidak. Budaya
terlalu banyak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan dan bergula
hanya memudaratkan kesihatan sendiri.
2.
Lakukan senaman secara rutin
Seharian
bekerja memang meletihkan. Namun penat bekerja yang tidak mengeluarkan peluh
tidak sama dengan penat bersenam yang mengeluarkan peluh. Senaman yang
dilakukan secara rutin memastikan badan dalam keadaan baik sehingga ke usia
tua. Kalau sudah tidak larat untuk bersukan, cukuplah dengan berlari-lari anak.
Kalau berlari-lari anak juga sudah tidak mampu maka usahakanlah untuk berjalan
laju beberapa kilometer sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sedikit senaman
yang dilakukan secara konsisten boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai
masalah penyakit kesan daripada lebihan kalori dan kolestrol.
Senaman
yang berterusan juga menguatkan otot-otot serta sendi dan ini penting dalam
proses pembakaran lemak. Mereka yang mengalami masalah berat badan biasanya
malas bersenam. Sebaliknya mereka menjadi kuat makan dan kuat tidur. Gejala ini
memburukkan lagi keadaan hingga membawa kepada pelbagai masalah penyakit serta
keyakinan diri yang rendah.
3.
Sentiasa positif
Ada
ketikanya berfikiran positif itu tidak menyelesaikan masalah yang ada, tetapi
tanggapan ini mengubah cara kita melihat masalah itu dan ini secara tidak
langsung mengurangkan tekanan emosi pada diri. Malah berfikiran positif juga
ada ketikanya membolehkan kita memecah kebuntuan terhadap sesuatu masalah yang
selama ini terasa begitu rumit.
Apa yang menariknya, berfikiran positif mampu
mendorong orang yang positif kepada kita untuk membantu menyelesaikan masalah.
Mereka yang positif percaya setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya dan mereka
belajar sesuatu daripadanya. Dari segi hubungan sosial, mereka yang positif
sentiasa bersangka baik, berusaha memperbaiki hubungan, berlapang dada dan suka
memaafkan orang lain.
4.
Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
Mereka
yang mencari bahagia, menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Allah. Hidupnya
untuk beribadah kepada Allah. Apa juga yang dilakukan diniatkan kerana Allah.
Mereka ini menjaga ibadah wajib dan menambah ibadah sunat. Mereka sentiasa
mencari ruang untuk membuat kebajikan, pemurah, suka menolong orang dan hatinya
sentiasa mengingati Allah dalam apa juga keadaan dan perbuatan.
Mereka
percaya tidak ada satu pun musibah yang boleh berlaku melainkan dengan izin
Allah. Tahap keyakinan dan tawakalnya terhadap qada’ dan qadar Allah cukup
tinggi. Hidupnya tidak dalam keluh kesah, apa lagi merintih atau merungut.
Sebaliknya hatinya dididik untuk sentiasa reda dan syukur dengan apa yang
diperolehi setelah segalanya diusahakan dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Hidup mereka berpaksikan akidah yang mantap, melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
-------------------
Exfuze
turut membantu dalam menyediakan keperluan tubuh badan yang sihat bersumberkan
ahan semulajadi dan selamat. Dapatkan sebotol hari ini.
CALL
/ SMS AZIZ : 010 7890101