Kenali Petanda Anak Autisme
Secara ringkasnya, Autisme
dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran
dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku
berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar,
contohnya kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang
dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan
kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi
kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini
boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada
penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan
Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Ciri-ciri secara ringkas
anak autisme yang boleh dikenalpasti
Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait
Dengan Autisme ?
Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin
MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah
satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi
yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah
pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan
vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.
Namun kajian menunjukkan bahawa
tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih
terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.
-------------------
Autisme
bukan untuk diratapi. Ada hikmah yang tersembunyi di balik anugerah istimewa
ini. Berikan sebotol exfuze pada mereka yang mengalami masalah autisme. Exfuze
juga diakui selamat oleh para doktor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
CALL / SMS AZIZ : 010
7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan