APA ITU KULAT &
BAGAIMANA KULAT TERJADINYA KULIT
Kulat adalah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun. Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta kehadiran nutrien yang sesuai, ianya akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100.000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat. Jangkitan ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung atau tidak secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti, apabila seseorang itu mengguna sesuatu atau bersentuh sesuatu benda yang dicemari kulat.
Kulat adalah sejenis kuman
yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan
kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan
yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang
mereka dan berpelukan sesama mereka.
Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
1) Tinea capitis (kulit kepala)
2) Tinea corporis ( badan)
3) Tinea manuum (tangan)
4) Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
Faktor-Faktor Kulat Boleh Membiak :
1) Anemia atau kekurangan zat besi
2) Sistem pertahanan badan yang rendah
3) Orang yang sedang mengambil antibiotik
4) Luka pada kulit
5) Pesakit diabetes (lebih berisiko untuk jangkitan)
6) Perubahan hormon bagi wanita
7) Bahagian yang panas dan lembap
8) Pakaian dalam dan Lampin (ruam lampin)
Kulat Boleh Berlaku Pada Bahagian:
1) kulit badan - kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.
2) Kaki berair - Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki
3) Infeksi Kuku jari - kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan
4) Jock Itch - Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha
5) Panau - Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.
6) Seriawan mulut - berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi
Punca-Punca Penyakit/Faktor Risik:
1) Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang
merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
2) Sentiasa memakai pakaian, kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
4) Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
5) Kurang menjaga kebersihan diri
6) Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
7) Melalui aktiviti perlancongan dan hubungan antarabangsa
8) Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut atau sarung kaki dll
9) Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang
Cara Rawatan Yang Anda Harus Buat:
1) Pastikan kaki dan kasut kering - keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
2) Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
3) Pakai stokin kapas
4) Keringkan bahagian di antara jari-jari
5) Sapu krim, bedak dan sabun antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
6) Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
7) Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
8) Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
9) Jangan memakai semula pakaian yang basah atau berpeluh. Sentiasa tukar pakaian jika anda mudah berpeluh
Jika anda mempunyai bengkak, kemerahan dan nanah setelah anda menggunakan krim atau bedak antifungus tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 hingga 4 minggu, segera lah berjumpa doktor. Doktor akan memberitahu perkara lanjut dan rawatan yang sewajarnya pada diri anda.
Kerana manusia
mempunyai lain-lain darah dan antibodi. Jangan lakukan rawatan sendiri kerana
anda tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya pada diri anda. Ini nanti
memungkinkan anda akan menghadapi penyakit yang lebih teruk dan akan jadi
berkekalan pada diri anda.
--------------
Exfuze Seven
Plus berupaya merawat penyakit Kulit dengan sangat efektif dan berkesan. Apakah
rahsianya ?
SEABUCKTHORN.
Mengandungi
Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7 & 9 serta
kandungan Anti-Oksida dan Flavanoid yang amat tinggi.
- Penjagaan Rambut
- Rawatan Kulit
Kepala
- Mengurangkan Inflamasi Kulit
- Tingkatkan Penyembuhan Luka Kulit
- Memerangi Eczema
- Mengurangkan Pigmentasi Kulit
- Atasi Rheumatism serta Sakit Pinggang
- Membantu Sistem Penghadaman
- Mengurangkan Inflamasi Kulit
- Tingkatkan Penyembuhan Luka Kulit
- Memerangi Eczema
- Mengurangkan Pigmentasi Kulit
- Atasi Rheumatism serta Sakit Pinggang
- Membantu Sistem Penghadaman
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan