Berbasikal
untuk jantung yang sihat
Senaman
adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada
mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga
membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam
keadaan optimum.
Kajian
terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The
Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak
aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta
orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling
malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.
Ramai
yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal
sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di
semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum,
berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki.
Berbasikal
merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang
sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap
membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis
dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar
kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih
besar.
Melancarkan
aliran darah
Aliran
darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang
kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan
jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan
oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit.
Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem
pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.
Mampu
mengawal tekanan darah
Berbasikal
meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang
mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu
rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat
(Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).
Ia
juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta
meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah
kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar
kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40%
(Journal of Internal Medicine, 2000).
Mengurangkan
paras kolesterol `jahat’
Berbasikal
juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam
mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol
baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana
kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat
kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri,
lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.
Berbasikal
secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular
seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia. (Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).
Terdapat
banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi
berbasikal.
Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan
dan mencergaskan diri semasa senaman:
Pemakanan
yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik
merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat
dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri
daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat
membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang
terpakai serta menghasilkan tenaga.
Menghidratkan
tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi
anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta
masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang
sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk
bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap
sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.
Kekal
fleksibel – Aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor
penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk
bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar,
manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara
perlahan-lahan.
Mendapatkan
tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan
kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan
molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini
menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal
sihat.
------------
Minumlah Exfuze Seven Plus Klasik untuk jantung yang sihat serta dapat membebaskan tubuh badan dari " kolestrol jahat" yang mengakibatkan serangan jantung. Exfuze Seven Plus Klasik sudah terbukti dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.
Hanya ramuan terbaik dari unsur terbaik dipertontonkan pada anda.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan