RAMAI
ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar
pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang
beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.
Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu
secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini
kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang
diambil juga daripada pemakanan si ibu.
Perunding
Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam
susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang
diberikan susu formula.
Keadaan
ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan
kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama
bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.
Justeru,
ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi
mengurangkan kesan alahan dialami.
“Ruam
tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih
‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca
daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (iaitu bayi terbabit
dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).
“Disebabkan
itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada
bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,”
katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Seperti
yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada
kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan
fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.
Oleh
itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang
terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis
ini.
“Perkara
paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi
agar sentiasa bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi
masih lagi dalam proses untuk membina daya tahan diri semula jadi mereka.
“Penting
untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam
menyebabkan bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia
boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi,” katanya.
Tidak
dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga
dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui
susu ibu ataupun susu formula.
Jika
keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi
sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.
“Memang
ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan
disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami
alahan terhadap sesuatu bahan.
“Jika
si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia
juga boleh menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.
Namun
menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana
kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang
dengan sendirinya.
Malah,
ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi
berpunca daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga
bayi itu menjangkau usia dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.
“Ibu
bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak
mengandungi bahan yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh
dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang
efektif.
“Jika
anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan,
hentikan dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya
dua minggu untuk pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,”
katanya.
Kebiasaannya
ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan
kebiasaannya jelas kelihatan pada bahagian pipi.
Beliau
berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas
tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.
“Walaupun
tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk
mengurangkan ruam dialami anak mereka.
“Sementara
itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di
kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia
juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.
Di
samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan
apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk
berkahak dan berhingus.
Katanya,
keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi
sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun
dalam jumlah yang sedikit.
“Masalah
ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan
yang menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.
“Walaupun
cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori
yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami
ekzema mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.
CALL / SMS AZIZ : 010
7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan