Metabolisma dan pengendalian urik
asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan
buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Selain menggunakan rawatan gout yang
bersesuaian, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk
mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit
gout.
- KEKAPIS (KERANGAN)
Perlu mengurangkan pengambilan
makanan laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6
auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana
akan diuraikan menjadi asid urik.
- DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi
kandungan purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik
berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih lebih
baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak
mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda
dan kambing.
- AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi
kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi,
ELAKKANNYA! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan paling
selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
- MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan
sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman buah-buahan.
Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.
- HERRING
ELAKKAN sama sekali herring, begitu
juga dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan ketam
agak selamat untuk dimakan oleh anda.
- BIR
Bagi penghidap GOUT, anda akan
menghadapi dua kali ganda masalah. Ini kerana, bukan meningkatkan paras asid
urik, malah menyukarkan sistem perkumuhan menyingkirkannya dari tubuh.
- ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan
cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran.
Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
- HATI
Organ dalaman seperti hati, buah
pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.
Semoga dengan mengurangkan atau
mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat mengurangkan atau mengawal
masalah sakit gout yang dihadapi. Selain itu teruskan mengamalkan ubat gout
yang sesuai samada secara moden atau ubat gout tradisional.
Exfuze
mencadangkan para pesakit Gout untuk lebih menitik beratkan pengambilan makanan
seharian. Cubalah sebotol Exfuze Seven Plus Klasik untuk mengembalikan tenaga
dan merawat kesakitan dengan cara yang mujarab dan berkesan.
CALL / SMS AZIZ : 010 7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan