SOALAN
:
Ketika
bersembang dengan rakan-rakan, ramai yang mengutarakan masalah yang sama iaitu
perut semakin buncit selepas berkahwin. Saya ingin bertanya, adakah perut
buncit merupakan masalah kesihatan? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.
-Zubir,
Kelantan.
Saudara
Zubir,
Terima
kasih atas soalan yang saya kira sangat penting untuk diketahui ramai, sama ada
kaum lelaki mahupun kaum wanita. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang
tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah
perut buncit ini.
Ramai
orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau
tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara
saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah
jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di
dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin
buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang
ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran
ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik
ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi
mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut
buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat
sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes
mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain
menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi
mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin
cara sedutan lemak atau ‘liposuction’ boleh dilakukan tetapi kesannya adalah
tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita
sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat
kesihatan yang berkekalan, Insya-Allah.
CALL / SMS AZIZ : 010
7890101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan